Alhamdulillah.. Selesai sudah 1 urusan..

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Pada 31 Januari 2021, selamat sudah seketul Aisha menjadi isteri buat Encik Aiman dengan sekali lafaz di Pejabat Kadi Daerah Pontian. Alhamdulillah.. Syukur yang amat kerana segala urusan dipermudahkan. Mungkin apa berlaku tidak seperti yang telah dirancangkan. Kita merancang dan dalam masa yang sama Allah ada perancangan yang terbaik juga buat kita. Yang penting urusan yang wajib telah selesai ok la tu.


Jadinya perancangan untuk majlis yang bakal diadakan pada 13/02/2021 akan ditunda ke tarikh baru sehingga diberitahu kelak. Mungkin sampai kes Covid-19 ni da stabil baru plan balik untuk laksanakan majlis. Tahun depan pun tahun depan la nak. Yang penting semua selamat. 💏

Terima kasih buat family yang banyak membantu dalam segala urusan. Terima kasih buat ayah yang rajin melayan anak dia ke sana ke sini ❤ Untuk family yang tak dapat merentas negeri, nanti dah tiba masanya kita jumpa k? In shaa Allah...
So, aisha belanja sikit gambar semasa di majlis pernikahan tersebut ☺




 


Akhir kata, aisha mohon doa agar perkahwinan kami ini diberkati dan berkekalan sehingga ke syurgaNya.. In shaa Allah ❤


With love,        
Miss Aish