Friday, June 9, 2017

Second last sem...

 


      Assalamualaikum.. Penghujung sem sudah pun tiba. Selalu kalau penghujung sem, memang serabut dengan final exam jela. Tapi sem nie memang busy dan ada la jugak macam zombi 😅 aisha tabik dengan senior-senior sebelum nie. aisha dengan kawan-kawan sendiri lalui ape yang dorang lalui. Tak hairanla masa duduk asrama dulu, Kak Haza jarang ada kat bilik. Selain sibuk dengan PSM, projek untuk subjek IDP pun ya ampun. Banyak sungguh kerjanya 😪. Tu belum masuk kerja subjek lain lagi. 

      Sem nie agak huru-hara la jugak. Hampir give-up namun sebab fikir da beberapa sem aisha dapat lalui, takkan berbaki 2 sem je lagi nie nak give-up kan? hehe.. Sekejap je masa berlalu meninggalkan kita. Tahun nie tahun terakhir aisha berpuasa dengan makcik-makcik kecoh dekat UTHM (tapi aisha tak lekat kat UTHM. Rela balik JB). Entah bila lagi lepas nie dapat puasa sekali dengan diorang 😢. Tahun nie masih belum berkesempatan lagi nak duduk sesama untuk iftar. Masing-masing sibuk dengan persediaan untuk final. aisha ada 4 paper je sem nie 😰. 2 da tumbang semalam 😎, tinggal lagi 2 je 😀. Habis je final, dah kena lapor diri untuk praktikal pulak. Adui.. Sekejapnya lahai masa. Nasib baik praktikal dekat je dengan rumah. Tak ada lah masalah sangat 😁

      So...... Cepatlah sikit habis sem nie. Rasa macam penat sangat sem nie. Dengan kerjanya, dramanya 😪 dan ujian tuk aisha kali nie agak sakit 😣. aisha rasa aisha perlu rehat seketika dari semua benda alah tu 💔. Orang kata tu sikit je, belum lalui masa kerja nanti. Nanti waktu kerja lagi macam-macam aisha kena hadapi. Walaupun baru sikit, tapi aisha harap aisha takkan laluila bende yang sama waktu kerja nanti 😩. Tak rela mak nak.. 😅 hehe.. Oklah.. Doakan aisha tuk hadapi paper-paper terakhir minggu depan 😉

With love,   
Miss Aish


Thanx for reading ^_^!