♥ Apakah Itu Persahabatan? ♥

Ombak pecah di gigi pantai
Langit nan cerah lagi tersenyum riang
Langit menbiru memberi 1001 ketenangan
Bayu laut yang menyentuh lembut
Pipiku kini berasa suam
Tanpa dipinta, air jernih bertakung di kolam mataku
Menitis sedikit demi sedikit teringatkan dirimu...


Adakah kau masih ingat saat kita bertemu
Semasa berkenalan dan kemudiannya berteman
Kegembiraan dn kesedihan kita kongsi bersama
Tiada apa mahupun sesiapa yang mampu memisahkan kita
Melainkan ajal dan maut yang menjemput
Semua masalah dapat diselesaikan
Semua perselisihan faham diketepikan
Hampir semua perkara menjadi rahsia kita bersama...


Persahabatan?
Ya,itulah yang telah menghubungkan kita
Pertalian itu jualah yang telah mengeratkan kita
Semua perkara mustahil,kita lalui bersama
Alam kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa
Dikaulah sahabatku
Yang tiada pengganti
Yang sukar tuk dicari ganti
Kerana tiada siapa yang dapat menggantikan dirimu di hatiku...