Tamat sudah program PRADIP di UTHM



       Assalamualaikum... Hehe.. Hari nie baru aisha berkesempatan untuk meng-update blog aisha yang tersayang nie. Hehe.. Jam 3 petang semalam aisha melangkah keluar dari bilik yang aisha tinggal at KKTM. Setelah siap berkemas dan membersihkan bilik tersebut, dengan sayu hati aisha turun. Cewwahh.. Padahal kepenatan. Apa tak 10 kali naik turun tangga dari tingkat 4 gara-gara hantar barang. haha.. Padah banyak sangat barang yang dibawa. Yela.. aisha kan tinggal sorang, takkan nak pinjam orang punya barang je kan. Sebagai langkah inisiatif, aisha bawa semua barang keperluan ke sana. haha..




      Semalam merupakan hari terakhir aisha sebagai pelajar Persediaan Diploma UTHM. Semalam diadakan mini konvokesyen buat kami semua. hehe.. Saat terakhir untuk aisha bertemu dengan kawan-kawan aisha terutama mereka yang belajar di Section 3. Banyak kenangan terindah aisha bersama mereka. aisha pasti dan yakin yang aisha akan rindu korang semua :') Sebab hari nie je aisha dah tepu tak tahu nak buat apa. Selalunya ada kelas nak pergi. aisha nak duduk dalam kelas dengan kawan-kawan section 3. aisha nak belajar lagi dengan dorang. Pergi makan sama-sama, tengok dorang tidur, dengar dorang ketawa, balik kelas sama-sama & macam-macam lagi.


       Kalau malam pula aisha & Ana selalu makan sama-sama kat Awana dengan Hafiz & Amir. Yang aisha takkan lupa masa pulang dari makan, enset Hafiz jatuh dalam longkang. hehe.. Macam-macam aksi aisha dapat lihat. hehe.. Pastu aisha akan ingat masa ktorang balik dari makan pukul 1 pagi dan paling lewat masa lepas jamuan hari tu iaitu pukul 3 pagi. hehe.. Sengal kan aisha? Kenangan aisha dengan Ana pada waktu malam ialah masa ktorang duduk kat kantin sampai 2 pagi. Hari kemudiannya dengan Fatin sampai pukul 3 pagi sebab siapkan kerja sains kejuteraan. Pernah sekali tu sampai aisha & Ana kena tegur dengan fellow KKTM. hehe.. Tak boleh blah kan.. Haha.. Sebenarnya banyak lagi kerja gila aisha dengan kawan-kawan aisha buat cuma tak mampu nak sebut semuanya sekali.. hehe...
Muka budak yang baru lepas kehilangan enset dye


      Oklah. Sampai sini dulu entry kali nie.. Akan datang aisha akan cerita lain pula ye. ^_^