Berjalan di Galleria Kotaraya

Posing sementara tunggu mak beli baju

       Assalamualaikum.. Nak dijadikan cerita, minggu nie aisha balik JB setelah 2 minggu bertapa di UTHM tu.. Semalam aisha keluar dengan mak kononnya nak cari barang tapi sampai ke balik aisha tak beli apa-apa pun.. Hehe.. Mak je dapat 3 pasang baju.. Tapi takpelah.. Dapat berjalan dan teman mak pun ok gak kan? hehe.. Selepas puas berjalan, aisha dengan mak pergi 'food court' untuk mengisi perut yang dah mendendangkan lagu keroncong. hehe.. Kat situ ramai gila orang especially budak-budak yang baru nak 'up'. Saya yang jenis suka perhatikan orang telah memerhatikan satu 'group' nie la.. Tapi taknak lah komen apa-apa.. Biarlah menjadi rahsia.. hehe.. Tibalah saat saya tengah nak beli makanan, ada 2 orang budak lelaki nie beratur sebelah aisha. Tapi bukan dorang jadi perhatian aisha, perbualan dorang buat aisha geli hati sikit.

Lelaki 1 : Akak, nasi ayam 1 berapa?
Penjual : RM5 dik..
Lelaki 1: erm.. Bagi 2 lah kak... 
Lelaki 1 : Weyh, habis duit aku. Aku nak beli topup..
Lelaki 2 : Alar.. Takpelah nanti kau beli la..
            : Eh, tu bukan ex kau ke? Yang baju hitam tu..

Lelaki 3 (tak tahu kat mana) : Kakak aku tu.. *krik krik*
Lelaki 1 : Mana? *pusing*
            : Haah.. Aku nak pergi jumpa dia kejaplah.. Kau tunggu nasi ayam nie boleh?

Lelaki 2 : Pergilah.. Nanti aku bawak nasi nie..
Lelaki 1 : Seganlah.. Eh tapi betul ke tu ex aku?

-TAMAT-


       aisha dah tak mampu nak dengar lagi.. Masa tu pun dah dapat makanan nye.. hehe... Yang jadi perhatian aisha masa perbualan akhir tu... " Seganlah.. Eh tapi betul ke tu ex aku? " err... Ex sendiri pun tak kenal ka? Kawan dia pula yang kenal.. Adoii.. Tapi kan dik, kecil-kecil lagi kau dah ada ex kan.. Pada pandangan aisha dia macam masih bersekolah rendah lagi.. Aduhai... aptb la dorang nie... huhu... Budak zaman sekarangkan... hahahaha...