بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

It's been awhile since my last post. 
Hampir 2 tahun tak update apa-apa dekat blog ni...
Walaupun blog ni hanya suka suki kehidupan seorang hamba Allah bernama Aishah

2019
Permulaan tahun yang agak berdukacitakan atas pemergian ibu tercinta
Terasa akan kehilangan beliau.
Rasa terkilan semua ada.
Itulah lumrah manusia kan.. 
Saat orang yang tersayang masih ada, kita abaikan.
Busy dengan urusan kerja bagai, once mereka dah pergi..
Baru rasa kehilangan, terkilan sebab tak luangkan masa dengan betul dengan arwah...
Tiada yang luar biasa sangat tahun 2019 ni.

2020
Tahun yang agak mencabar disebabkan pandemik Covid-19
Walaupun tidak kehilangan kerja, tapi gaji kena potong demi cover balik bayaran gaji sepanajng tempoh tak bekerja bulan Mac sehingga pertengan Mei.
Julai merupakan bulan terakhir berkhidmat di JEKS Precast Sdn Bhd
Banyak kenangan yang tercipta
Banyak ilmu yang diperoleh
Terima kasih buat semua yang banyak membantu, mengajar sepanjang tempoh di sana.
Tak pernah terfikir pun akan berhenti kerja dalam tahun ni..
Kita merancang.. Namun dalam masa yang Allah turut merancang yang terbaik buat kita.

Then, bulan November semua urusan menjadi tunangan orang dipermudahkan sangat.
Mohon doakan agar semuanya berjalan lancar dan hubungan Aish & pasangan berkekalan sehingga ke syurgaNya..
Siapa sangka lagi 59 hari untuk bertukar status.
Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan segalanya 😙

Semoga tahun 2020 berakhir dengan baik dan 2021 malah lebih baik buat semua.
Done berceloteh panjang untuk kepuasan diri sendiri 😉


With love,        
Miss Aish