Insiden hari nie :'(


      Pada malam yang hening ini, aisha nak buat entry mengenai insiden yang berlaku di siang hari tadi. Firstly hari nie macam tak berapa nak syok sangat la sebab aisha tak berapa baik dengan seorang kawan aisha nie. Atas sebab-sebab tertentu lah katakan. So, pagi tadi macam huru-hara sikit walaupun bangun awal. Apa aisha buat? aisha pergi menghadap lappy nie. Kononnya nak buat Mr. Puran punya kerja tapi haram.. haha... Bila da cantik-cantik dan wangi-wangi semua tu, aisha pun turun tanpa teringat akan kad matrix yang paling penting tu. Masa menanti ketibaan bas, pusing sana.. pusing sini.. Lihat orang dan terpandang lah saya akan kad matrix Nani.. Apa lagi, lari la naik bilik yang kt ceruk alam tu kan. Semput saya dibuatnya. Then, entah bagaimana kan aisha boleh pula tertinggal kunci kat toilet bawah tu.. Adeh... Cuaii seh... Kalau sedar 10 minit kemudian still sempat lah nak ambil kan.. Tapi aisha sedar selepas 8 jam.. Memang harapan la nk jumpa lagi kan.. Itu lah cerita kecuaian saya...

      Pastu kan.. Petang tadi masa kelas Mr. Puran aisha sedih sebab aisha punya markah paling rendah 24/50.. Dorang cadangkan supaya aisha buat balik tapi entahlah. aisha tak pernah rasa stress macam nie sepanjang aisha buat presentation at sekolah dulu tau. aisha rindu masa dengan budak Sains Tulen. Dorang tak pernah kenakan orang sampai aisha merajuk,sakit jiwa semua. Kat sini... Hm.. Hanya Tuhan jela yang tahu. Tadi dah la aisha gementar, takut dan malu.. Sekali ada pulak bunyi-bunyi tak sepatutnya kan.. Bila da siap bentang tu, Al pegang tangan aisha sebab aisha punya tangan memang sejuk sangat. Masa tu semua pe yang aisha rasa tu jadi macam beban tau. Lepas tu aisha terus mesej Eder.. Nasib baik ada dia,kalau tak... Rasanya aisha dah lepaskan perasaan tu semua dengan menangis tau. aisha tahan je.. aisha pura-pura main game and pura-pura tidur sebab nak sembunyikan apa yang aisha rasa. Thanx to Anis Alia sebab sanggup teman aisha masa aisha present tadi. huhu.. And thanx to my bro,Amir dan seorang kawan bernama Hafifi sebab bagi aisha semangat ^_^.. Sayang korang...