Khas buat seorang teman :)



Buat awak yang ada di sana..


Sekiranya awak baca entry saya kali nie, saya nak minta maaf atas apa yang telah berlaku. Saya tiada niat nak melukakan hati awak. Sebab saya tahu bumi ini berputar, bila kita buat orang suatu saat nanti tak dinafikan kita akan kena kembali. Entry kali nie tiada niat untuk memalukan diri awak tapi tak semua perkara saya berani luahkan dalam fon. Hanya disini sahaja yang mampu saya coretkan. Saya minta maaf kerana tak dapat nak terima hubungan kita seperti dulu kembali. Saya harap awak faham akan alasan saya. Bukan kerana Arif tapi semuanya kerana saya sendiri. Awak sempurna dan terlalu baik sehinggakan saya tak mampu nak terima awak semula. Saya yakin yang awak akan jumpa orang lagi better dari saya. Walaupun masih ada saki baki luka di hati ini tapi saya dah maafkan semua perkara yang berlaku antara kita dulu. Saya juga tak simpan dendam kat awak kerana sukar untuk saya berdendam dengan orang yang pernah mencuri hati ini. Saya just berharap agar awak akan happy selalu dan tak lupakan saya sebagai kawan awak ^_^ Thanks sebab sudi jadi orang pertama buat saya dan jadi kawan saya. Saya takkan lupakan jasa awak. Thanks untuk segala-galanya. Friend for ever k? And lastly thanks for buat saya sukakan lagu-lagu dari KB.. Lagu kat bawah nie untuk awak ^_^