7 Tip Untuk Kekal Langsing

       Assalamualaikum! Hai semua.. Mesti entry kali nie menarik perhatian korang kan? Yela.. Siapa yang tak nak tubuh badan yang langsing. aisha rasakan hampir semua orang di dunia nie ingin memiliki tubuh badan yang langsing dan sihat. Oklah.. Entry kali nie aisha nak kongsi mengenai 7 Tips Untuk Kekal Langsing. ^_^




  1. Mengelak bahaya yang tidak diduga.
    Untuk kawan-kawan yang nak tubuh yang langsing, jangan lah suka sangat mengamalkan diet nie. Tak elok sebab metabolisme badan kita akan jadi perlahan. Lagipun, diet-diet nie boleh memudaratkan kesihatan.
  2. Prihatin dengan makanan
    Maksudnya kita kenalah elakkan diri kita dari gangguan misalnya makan sambil tonton tv, membaca, memandu dan sebagainya. Kita juga dinasihatkan agar kunyah makanan dengan sempurna. Paling tidak pun kita kunyah la 30 kali sebelum telan makanan tersebut.
  3. Strategi tempur emosi makanan
    Kebiasaannyakan, bila orang stress or boring mereka akan cari makanan. Makanan sahabat sejati sewaktu stress, boring dan kesunyian. Apa kta kita tukar persepsi nie. Bila stress or boring, kita buatlah aktiviti yang berfaedah. Bila sunyi pula, carilah kawan..
  4. Amal makan buah, sayur dan serat
    Adakah korang tahu bahawa makan yang mengandungi serat akan mengambil masa yang lama untuk dihadam? Maksudnya perut kita akan kenyang dalam tempoh yang lama.
  5. Hadkan jumlah makanan
    Maksudnya di sini bukanlah korang tak boleh makan makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. Adalah digalakkan agar mengambil makanan dalam jumlah yang kecil. Sebelum makan, jemputlah hidu makanan tu dulu dan kunyahlah dengan perlahan-lahan
  6. Pengaruh sekitar terhadap makanan
    Kebiasaannya kita akan dengar dari ibu bapa kita mahupun guru-guru kita yang makan sarapan adalah penting .
  7. Ubah cara hidup
    Kita dinasihatkan agar tidur selama 8 jam di samping mendapatkan banyak senaman. Ianya bukan sahaja membakar alori malah meningkatkan metabolisme anda