Bengang sendiri?!


          Assalamualaikum... 
      Mesti pelikkan dengan tajuk entry kali nie pastu ada gambar dari surat khabar? Oklah. Nak dijadikan cerita, semalam aisha pergi sekolah sebab aisha nak hantar borang LCCI pada Cikgu Ruhaida Ahmad. Memang tujuan utama ke sana hanyalah untuk menghantar borang tersebut. Sementara menunggu cikgu habis kelas, aisha pun merayap ke sekitar sekolah dan kemudiannya terserempak dengan Epul. Epul ajak join ambil gambar dengan wartawan sebab tak cukup orang. aisha tak nak lah kan sebab dah lah tak dijemput pastu aisha pown bukanlah pelajar yang cemerlang. Jadi aisha pown menolaklah ajakan tersebut. Selepas puas berjalan, saya bertemu dengan Nina. Ajaklah Nina jumpa dengan Cikgu Muzaida sebab aisha nak ambil pendrive aisha yang agak berabad tu. Bila dah dapat, kami menuju semula ke blik guru bagi menunggu ketibaan Cikgu Ruhaida. Sewaktu di bilik guru, boleh pula aisha terserempak dengan Cikgu Salwa. hehe... Kerana itulah muka saya ada dalam gambar di atas. Elak punya elak, akhirnya saya pown terlibat sekali untuk  bergambar. Lepas dah bergambar, Epul boleh pula gelakkan aisha. Sabar jelah dengan abang kita sorang tu kan. Kalau tak.... hehe... Apa-apa hal pun, saya gembira lah juga sebab dapat masuk dalam gambar tersebut. NGEE... ^_^