Friday, March 23, 2012

Kucing? Tapi....



      Hai korang!! Hehe.. aisha tengah kepenatan nie. Kenapa aisha kepenatan? Sebab aisha terkejut. Yela.. Tadi aisha baru balik dari kedai. Dah masuk bilik letak barang semua, aisha pun keluar nak gantung tudung di tempat asal. Baru keluar pintu bilik aisha da menjerit. aisha tahu kucing kat rumah nie yang berbulu warna putih cuma Combi. Tapi tadi aisha masuk rumah, Combi ada kat meja. Dah tu yang dekat tangga nie siapa? Erm..? Lagi menambahkan keseraman aisha, ayah ada tegur Combi kat depan. Ya Allah... Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa aisha rasa tadi. Macam nak terkeluar jantung nie. aisha pandang kucing tu, kucing tu pandang aisha. Baik punya kucing. Dah la tenung aisha macam nak makan orang. Pastu mak kata lah " Nasib baik dia tak kata Assalamualaikum!! " haha... Nak tergolek aisha gelak tadi. Apa-apa pun, aisha penat sebab terkejut tadi. Ini betul-betul berjaya buat aisha terkejut. Kalau ada sakit jantung, mesti da pengsan kan? hehe..



      Oklah.. aisha nak kongsi tu jewp.. haha.. Bubbye kawan-kawan ^_^ 


Thanx for reading ^_^!