Celoteh pendek bagi mengurangkan debaran





      Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat mereka yang rajin singgah ke blog aisha. Pertama sekali, aisha nak minta maaf sebab da jarang update blog dan tak dapat balas blogwalking korang. I'Allah nanti bila aisha ada kesempatan,aisha akan balasnye. 


      Seperti yang kita semua tahu, esok merupakan hari yang bersejarah buat calon-calon SPM 2011. Semua penat dan lelah selama 2 tahun akan terjawab esok. Esok adalah penentu bagi segalanya. Betul ke? Bergantunglah kan.. Pandangan masing-masing. Doakan aisha agar berjaya dan dapat yang terbaik k? Doakan sekali buat kawan-kawan aisha yang menduduki SPM pada tahun lepas k. aisha tak nak lah berjaya seorang diri. aisha nak kawan-kawan aisha berjaya sekali. 


     Nampak gayanya esok merupakan hari terakhir buat pelajar-pelajar form5 2011 SMKBBU berkumpul semula. Lepas nie bila lagilah dapat berkumpul. Walaupun pelajar form5 berkemungkinan berkumpul buat kali terakhir tapi aisha harap agar pelajar 5ST tidak akan begitu lah ye. hehe... Serius aisha kata yang aisha rasa tak lengkap bila mereka tiada disisi. Apa taknya, mereka dah macam keluarga. Hampir semua perkara dikongsi bersama.. haha... Da macam iklan kat TV da.. hehe...

      Oklah.. Sampai di sini sahaja entry pada kali nie. Doakan aisha k? Debarannya kian terasa.. Seram... hehe...