Result SPM dan jalan-jalan



      Hari yang dinantikan telah tiba. Hari nie merupakan hari semua form5 berkumpul semula di sekolah. Tepat jam 9 pagi aisha telah dikejutkan oleh seorang kawan yang aisha sayang. Siapa lagi kalau bukan Chik. Tapi baguz jugalah dia kejutkan aisha. Dapat aisha tonton kartun kat tv dulu.. hehe... Pada jam 1015, aisha tiba di sekolah. Seriusly bila nampak kawan-kawan tersayang, aisha rasa nak nangis. Rindunye pada mereka. Rindunye kat sekolah dan cikgu-cikgu. Saya sayang kalian semua. hehe.. Ok aisha da lari dari tajuk utama. aisha dengan pelajar perempuan ST, berkumpul dekat pondok depan sampai semua ada. Sementara menanti, semua bercerita. Saya rindu saat berkumpul dengan kalian. hehe.. Bila semua dah ada, baru gerak pergi dewan (rombongan cik kiah) hehe...

     Tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Result dah sampai. Orang yang pertama ambil ialah Hadi dan seterusnya. aisha ambil selepas Wanie. hehe.. Sebelum Wanie, Chik yang ambil. hehe.. Memang da rancang siapa yang ambil dulu dan siapa yang kemudian. hehe.. Lepas dah ambil result, aisha call Cikgu K. Cikgu tanya result semua dan cikgu tak dapat datang sebab cikgu ada kelas. Cikgu sampaikan salam kat semua. hehe.. Saya rindu dengan Cikgu Kamariah. Alhamdulillah addmath aisha lulus. hehe.. Berapa? RAHSIA! hehe..

     Lepas dah puas lepak-lepak dekat sekolah, aisha, Chik, Wanie & Atul gerak pergi DCM. hehe.. Kat sane kitorang karaoke. hehe.. Ok saya ngaku yang suara saya tak sedap tapi ada saya kisah? Asalkan saya dapat lepaskan tension sudah la. Apa-apa pown saya hepi sebab dapat nyanyi dan luangkan masa dengan mereka. Dalam pukul 4, aisha dengan Atul dan Chik gerak pergi Angsana. Lepak sana sampai pukul 6.. hehe... Sukanya saya merayap dari pagi sampai petang. Kalau diizinkan, malam baru nak balik tau.. haha... ^_^

      Tadi balik-balik aisha belek majalah BITARA. haha.. Bestnya dapat gelak untuk diri sendiri.. aisha ingat karya yang aisha send untuk majalah takkan keluar sekali... haha.. Padan muka kau lah aisha. Siapa suruh tak nak tulis nama. haha.. Mak bising sebab tak tulis nama. Macam mana orang nak tahu tu karya siapa. hehe... Lepas nie saya jadikan ia sebagai pengajaran ok. hehe...



Apa-apa pun aisha ucapkan :

      Tahniah buat kawan-kawan yang berjaya. Buat mereka yang tidak dapat mencapai apa yang diingini, fikir positif jelah ye. SPM bukan segalanya. Yang penting usaha kita bagi mencapai cita-cita yang diidamkan. All the best untuk hari-hari yang akan datang ^_^
      Tahniah juga buat kakak Aqilah dan Abang Redzuan akan keputusan kalian yang cemerlang itu... ^_^