Aktiviti-aktiviti di hujung minggu



Hai semua. Entry kali nie aisha nak story tentang aktiviti aisha selama beberapa minggu yang lalu. hehe.. Lihatlah betapa pack nya jadual saya.


       2 minggu yang lalu budak PraDip sibuk dengan sukan termasuklah diri saya sendiri. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Nama kumpulan aisha TOTALLY PURPLE. Sebab kenapa mereka pilih nama nie kerana hampir satu kumpulan nie meminati warna ungu termasuklah saya. haha.. Katanya la. aisha tak tahulah kesahihannya. aisha tak kenal semua ahli kumpulan aisha tapi aisha dapat kenal pasti mereka. Yang aisha kenal Arfah, Afiqah, Faiz, Ikmal, Farid, Anis, Al, Ana, Ikin, Hafiz, Hazim, Hafifi, Farah n Syahmi. Yang tak disebut namanya maaf k. hehe.. Yang perempuan kena masuk pertandingan bola jaring and bola tampar. Memandangkan kami kekurangan ahli perempuan, jadi semua kena masuk pertandingan bola jaring dan bola tampar. Kitorang memang dari awal da serah kalah dengan bola jaring nie. Jadi fokusnya pada bola tampar dan Alhamdulillah kami berjaya. Dan sebagai hadiah, tangan aisha bengkak. I like! hehe... Untuk keputusan keseluruhan, TOTALLY PURPLE mendapat tempat keempat. Kami tak kisah menang atau kalah, yang penting ENJOY!






      Selepas bersukan dua minggu lalu, aisha dan beberapa orang section 3 pergi ke kem fasa 2 bersama section 4 dan 5. Sedikit sedih sebab section 4 dan 5 hampir 1 kelas ada manakala section 3 beberapa kerat je. Tapi tak kisahlah asalkan dapat apa yang ingin disampaikan sewaktu program nie berlangsung. Kem Sahsiah Diri ini diadakan di Parit Jawa, Muar selama 3 hari 2 malam. Lagu tema untuk kem kali nie bertajuk ADAKAH KAU LUPA.. Series aisha kata aisha da lama tak dengar lagu tu since aisha tinggalkan sekolah hidayah. hehe.. Semasa kat kem perkara pertama yang aisha tak boleh lupa ialah sewaktu 'Ice-Breaking'.. Apa yang berlaku? hee... Salam kena buat puisi untuk aisha sebab dia tak dengar siapa nama ayah aisha. Kesian kt Salam. Tapi bukan dia je yang kena denda. Ada lagi yang kena. hehe... Then, masa masuk kawasan paya bakau tu. Rindu masa mukhayyam kat sekolah hidayah dulu. hehe.. Asyik mengimbau kenangan lalu jela aisha nie. hehe.. Walau apa pown, aisha tetap happy. 


      Setelah penat bersukan dan bercamping, section aisha adakan aktiviti bersantai. Ok. Seriesly aisha risau mak tak bagi pergi tapi Alhamdulillah aisha dapat keizinan juga akhirnya. RM37 telah dibayar kepada Hafiz. Apabila hari yang dinantikan, kami pown menuju ke Wetworld. Yay!! Happy sebab dapat luangkan masa dengan mereka tapi sedikit terkila sebab Al tak dapat join sekali. Tapi apa-apa pown thanx kepada mereka untuk kenangan sewaktu di Wetworld. Dan yang paling penting, thanx to my Kak Ana and my Abg Amir sebab jaga saya. hehe... Kesan bermandi-manda dari pukul 10 sampai 5 ialah semua yang pergi bertambah gelap. hahaha.. Nanti aisha upload gambar-gambar at Wetworld k? Nantikan....


      Oklah,sudah tiba masa untuk saya off lappy kesayangan. Selamat malam semua ^_^