Apabila budak kaki berjalan dapat peluang




      Assalamualaikum.. 
Adui... Penatnya lah hai hari nie. Apa tak nye. Hari nie aisha keluar rumah dari pukul 11 pagi dan pulang pada pukul 9 malam. Apa aisha buat 1 hari nie? Erm.. aisha keluar dengan Chik. Serius happy. Mungkin lagi happy kalau ramai kan? Sedih bila dapat tahu Jijy dan Wanie tak dapat follow tapi tak kisah lah. Asalkan ada member nak keluar. 


      Pukul 11 Ibu Chik datang ambil aisha kat rumah, hehe.. Macam tahu-tahu je yang ayah saya keluar. hehe.. Kitorang decide nak pergi KSL. aisha memang buat masa nie tak pernah jejakkan lagi kaki kat KSL tu. First time tahu.. Excited lah sikit. Sikit je taw. Chik kata walaupun dia dah banyak kali pergi KSL tapi dia tak pernah habis tawaf. hehe.. Chik,aisha tahulah aisha kaki berjalan. Jangan lah perli. haha... Jadi, kalau jalan dengan aisha memang pasti lah akan tawaf 1 shopping complex tu kan. Kitorang tawaf setiap tingkat. Sampai ke tempat parking lagi. hahaha.. *nampak sangat tiada pekerjaan

      Pukul 2 Sharol samapai dan pukul 2 jugak cerita yang kitorang nak tengok tu start. Nak tahu cerita ape?


.

.

.

.

Tada...

Kenapa cerita cina? hehe.. aisha kan suka buat kerja luar alam. aisha yang pilih cerita nie. hehe.. Maaf ye Chik & Sharol sebab kena layan jugak cerita cina nie. Tapi apa-apa pun cerita tu best. Biasa orang kategorikan cerita hantu cina menakutkan kan? Tapi aisha dengan Chik dalam panggung gelak je. Mungkin sebab kitorang tak faham apa dia cakap *walaupun ada subtitle hehe.. aisha paling suka masa dekat area kubur cina tu. Dia tentang seorang manusia yang kena kacau dengan 3 hantu. Hantu Angrie Bird, Ju On & 'GayBoy'. Hantu 'GayBoy' tu Chik yang bagi nama dia.

      Lepas cerita tu tamat, kitorang bertiga pun merantau pergi KFC. Ada budak tu haus. Lepas minum aisha gerak pergi Angsana manakala Chik ikut Sharol balik. Dalam pukul 6 kitorang berjumpa semula di Angsana. Semasa menanti ketibaan cik akak sorang tu, aisha kacau Nina kerja. Kitorang borak-borak. Bila Chik sampai, kitorang pergi Badan seba Chik nak beli alat tulis. Pastu pergi jumpa Kamarul and kemudian kitorang 'kononnya' nak cari Man tapi tak nampak pula batang hidung dia. Jadi terus ke agenda seterusnya iaitu mencari beg 2 function. *( by the way Chik, tadi aku cakap dengan mak aku nak beli beg sama macam kau... hehe.. mak aku bagi... boleh kan??) Lepas dah dapat beg, kitorang pergi UO sebab dia nak cari baju t-shirt lengan panjang. Dah puas shopping, along Chik pun ambil kitorang dekat Angsana.


      Sesungguhnya hari nie aisha tersangatlah penat. hehe.. Apa-apa pun thanks taw Chik. ^_^