Study?

hiasan semata-mata :P
      Assalamualaikum.. 
Semua orang sekarang tengah sibukkan buat persiapan untuk sambung belajar? Lihat sahajalah akak-akak dan abang-abang aisha tu. Hampir sekelas dapat matrik. Tipu kalau aisha kata aisha tak sedih. Bila dapat tahu aisha tak dapat matrik tu, aisha sedih sangat. aisha tak tahu macam mana nak cakap dengan mak. aisha terus ngadu at Chik, Nad, Ana dan.... hehe.. Masa UPU pun sama. aisha dah lah check dengan mak masa tu. aisha tahan je nak nangis. aisha tak nak mak tahu yang aisha sedih. Ok saya dah terkeluar tajuk.. Hampir separuh kelas KMJ dan separuh lagi dekat KMNS. Tahniah ye korang. Chik, Jijy, Hadi dan Afrina dapat KMJ. Wanie pula dapat KMNS. Aiyo.. Wanie kenapa tercampak jauh sangat tu? Sebenarnya ramai lagi dapat matrik cuma aisha tak ingat dorang dapat mana. hehe.. Apapapun terima kasih dekat Chik sebab tolong aisha buatkan rayuan matrik. Thanks sangat-sangat. hehe...


      Walaupun tak dapat matrik mahupun UPU, tapi alhamdulillah final exam masa PraDip membantu. aisha dapat masuk UTHM. aisha ambil Civil Engineering. Agak sedih juga pada awalnya sebab aisha terpaksa lupakan cita-cita aisha nak jadi doktor. aisha nak jadi doktor bukan kerana pangkat, gaji mahupun nama. aisha cuma minat dengan bidang nie. aisha nak tolong orang. huhu.. Tak lama lepas tu aisha dapat surat dari MSU. Kalau diikutkan tarikh pada surat tu, lusa aisha kena daftar kat sana tapi ayah tak bagi sebab masa pembelajaran akan jadi lama. aisha akan sia-siakan masa aisha selama 8 tahun utk diploma dan degree. Yela.. aisha akan bersaing dengan budak matrik 3 tahun akan datang untuk degree.. Aiyoo.. aisha tak berapa nak faham sangat sebenarnya. 


      Ayah kata mungkin aisha memang ditakdirkan untuk terlibat dalam bidang engineering nie sebab awal-awal lagi aisha dah terlibat dengan bidang tu iaitu masa aisha masuk PraDip. Lagipun keluarga aisha ramai yang jadi engineer. Ayah kata darah aisha darah engineer. haha.. Ada pula gitu kan? Oklah.. aisha akan cuba untuk ikhlaskan hati aisha untuk ceburi bidang nie.. Lagipun semalam along Chik bagi semangat kat aisha. Ala.. Bukan apa pun cuma ayat dia tu je yang buat aisha rela untuk ke bidang nie. hehe...


      aisha dapat tipu orang lain tapi bukan diri aisha. Ye.. aisha ikhlaskan diri aisha untuk ceburi bidang kejuteraan nie tapi hati aisha masih berharap pada keputusan rayuan matrik pada 7 Jun nie dan aisha masih ingin capai cita-cita aisha. hehe.. 


      aisha ingat lagi apa Chik kata tadi. Dia dengan yang lain akan tarik aisha masuk matrik sebab aisha dorang punya. Apakah??!! Buat lawak je kan Chik nie? Pesanan untuk Chik... SEKIRANYA rayuan diterima,insya-Allah aisha akan pergi. aisha tak janji apa-apa. aisha takut nanti aisha dah selesa study kat sana aisha tak mahu pindah da. hehe.. Kalau aisha tak dapat cita-cita aisha sebagai doktor,tolong capaikan untuk aisha ea? Sayang kau Chik ^_^