I miss U -1-


      Assalamualaikum... Entry kali nie tentang perasaan aisha sekarang. Yup.. I Miss You.. Siapa? Mereka yang secara tidak langsung terlibat dalam pembikinan filem KENANGAN in my memory card. hehe.. 

      Semalam, seorang sahabat yang telah lama aisha cari dan aisha rindui muncul kat group SRIH94. Tipu kalau aisha kata yang aisha tak happy. aisha happy sangat-sangat. Walaupun aisha kenal dia tak lama tapi aisha still ingat benda yang kitorang selalu buat kat sekolah. Iman lah. Membuka laman ingatan saya. haha.. Iman nak ingatkan Deanna kepada Iman tapi aisha pun kena tempiasnya sekali. hehe.. Dulu aisha dengan Deanna suka buat kerja part-time kat sekolah. Kitorang suka cuci tandas sekolah. Budak rajin lah katakan. Sampai 1 hari tu, ada 1 pencuci tu tertumpah. Habis kitorang bau tandas. Tapi nasib baiklah waktu tu dah nak balik kan? Tapi semua tu tak lama sebab... Okey cukup mengimbau kenangan sekolah rendah.

Kenangan dengan Farah, Inah & Mizah


      Kalau kenangan sekolah menengah, aisha paling-paling ingat ada 4. Dekat sekolah Hidayah 2 peristiwa manakala 2 lagi di sekolah Uda. Adil dan saksama kan? Kih3.. Yang kat sekolah Hidayah, aisha rindu bila detik-detik terakhir aisha kat sana. Masa tu ada macam aktiviti untuk budak PMR, hari sebelumnya tu aisha demam jadi aisha datang sekolah lepas pergi klinik. Sepanjang hari tu, Mizah, Inah dan Farah jaga aisha. aisha rindu sangat. Yang kedua aisha rindu time lepak kat tangga pastu kat Nad pasal adik angkat yang nakal seorang tu sampai nangis-nangis. Haila... Cengeng nye lah aisha nie... Masa kat sekolah Uda, aisha takkan lupa yang peristiwa masa jamuan kelas untuk tahun 2010 & 2011. haha... Kejam nye lah korang sebab siram aisha dengan air 1 baldi. Tapi apa-apapun aisha ENJOY ^_^. Pastu kenangan seterusnya ialah mengenai persembahan Ninjutsu semasa hari sukan last year. Kesian senior-senior termasuk Aiman kena ajar aisha dari rolling semua tu kan? hehe... Maaflah.. aisha nie da la jenis pemalu. Sebab tu training da tak muncul.. Ngee..
      Hehehe.. Ok lah. Sampai di sini sahaja dulu blog aisha berbicara.. Nantikan sambungan I Miss U -2-... hehe..