Pengkhabaran yang mendukacitakan

Mairah, Kiemah, Kak Hanisah, Kak Hafizah & Daya
       Assalamualaikum. Entry kali nie aisha nak berkongsi tentang 1 berita yang petang tadi baru aisha terima. Sebenarnya, aisha terbaca status seorang Alumni SMIH dekat FB. Dia kata yang seorang rakan sekelas dia sewaktu di tingkatan 3 sehingga ke tingkatan 5 meninggal. aisha nie dah la jenis yang macam busybody sikit. Jadi aisha baca lah semua komen-komen dia. Bila sudah selesai membacanya, aisha pun dapat tahulah siapakan. Erm.. Pada awalnya aisha susah jugak nak percaya tapi bila bukak group Alumni SMIH ada orang post pasal tu nak tak nak kena percaya juga kan? aisha ikut perkembangan bila Irsyad mula post dekat group Batch13. Hm... aisha sedih bila baca komen yang meng-update perkembangan kemalangan tersebut.


      Nak dijadikan cerita, kemalangan yang berlaku di hadapan StarHill ( kalau tak silap ) yang melibatkan sebuah kereta kancil dan sebuah lori. Ada yang menyatakan bahawa lori tu terbalik.Wallahualam lah kan. Kereta kancil tu dari Senai dan menuju ke BBU. Yelah.. Ambil adik dari sekolah katanya. Kemalangan melibatkan Kak Hafizah, Kimah, Dayah & Mairah. Erm.. Kak Hafizah tak dapat diselamatkan manakala Kimah dalam keadaan kritikal. Manakala adik dia lagi 2 orang tak terlalu serius.


Info dari group Alumni SMIH;
 Ibu bapanya telah hampir sampai di jb.

Plannya: malam ni solat di masjid bbu, esok terus ke n9 untuk dikebumikan.

Hakimah masih kritikal. Fractured skull, depressed (if I didn't mistake what my mother said). Broken leg, open fracture.

Others mamai, concussed, lacerations.

Pray for them.



     aisha tak dapat nak ziarah Kimah buat masa nie. aisha harap Kimah cepat sembuh dan dapat jalani kehidupan macam biasa. Takziah buat keluaga pakcik Faizul Aris atas apa yang berlaku dan atas pemergian Kak Hafizah. Semoga beliau tergolong dalam golongan yang beriman. Alfatihah...

Arwah Kak Hafizah
Seorang senior yang ceria
alFatihah..