♥ Sahabatku ♥


Sahabat,
Mampukah aku mengharungi hari mendatang
tanpa dirimu disisi,
Aku tidak akan melihat keceriaan di matamu lagi,
Aku tidak akan dapat merasai kemesraan senyumanmu lagi...

Sahabatku,
Kau adalah bayang-bayang yang muncul di setiap adaku,
Kau adalah Nur yang menerangi jiwaku,
Kau adalah syam dalam hidupku yang indah ini,
Tanpa dirimu siapalah aku...

Aku ingin mengatakan,
Bahawa kaulah sahabat sejatiku dunia akhirat,
Aku tidak mahu menyesal,
Sekiranya tidak sempat kuucapkan kata-kata ini...

Sahabat,
Kini, kuikhlaskan persahabatn kita kepada Allah,
Agar ianya kekal abadi di syurga-Nya,
Terima kasih kuucapkan,
Kerna menjadi sahabat yang mewarnai hidupku...