I miss U -2-

      Assalamualaikum... Entry kali nie merupakan sambungan kepada entry hari tu. I miss U -1-.. Entry hari tu aisha cerita tentang perkara yang aisha rindukan sewaktu di sekolah rendah dan sekolah menengah manakala entry kali nie aisha akan cerita mengenai perkara yang aisha rindui dan baru sahaja berlaku. Misalnya aktiviti yang sering aisha lakukan sewaktu program PraDip di UTHM selama 4 bulan hari tu. Mungkin sebab perkara tu perkara yang baru buat aisha. Jadi aisha putuskan untuk tidak akan lupakan dalam hidup aisha.. NGEE...


1.      aisha rindu nak lihat bintang pada waktu malam. Hampir setiap malam aisha akan lihat bintang & bulan sepanjang aisha kat sana. hehe.. Bila dah balik JB aktiviti macam tu dah kurang sebab bila kat rumah aisha jarang keluar. Masa kat sana, aisha mesti akan keluar bersama dengan Ana. Kadang-kadang Apiz nan Amir pun ada. Kalau aisha lihat bintang kan, aisha jalan mesti makin ke arah jalanraya. hehe.. Entah kenapa kaki saya menuju ke sana. aisha tak dapat kawal pergerakan kaki aisha sebab terlalu menikmati keindahan alam yang satu tu. Harap-harap di masa akan datang aisha dapat lihat bintang macam tu lagi bersama dorang. ^_^

2.      aisha rindu nak lepak kat kantin KKTM sampai 2 or 3 pagi dengan Ana. Kalaupun tak buat kerja, kitorang suka buang masa kat situ sambil dengar lagu dan makan coklat (sampai berat saya pun naik).Kat sana aisha suka buat kerja luar alam. Makin menjadi-jadi langgar peraturan sehinggakan pernah sekali fellow KKTM jumpa kitorang. hehe.. Buat malu jewp. hehe..


3.      aisha rindu nak buat kerja or study dekat library UTHM. Sebenarnya aisha memang suka duduk dekat library (sebab tu aisha jadi pengawas perpustakaan masa sekolah). Suasana kat library yang senyap tu buat aisha rasa tenang je. Bila Ana pun rajin nak pergi library, makin menjadi-jadi lah saya punya rasa gembira tu kan. hehe.. aisha pun pernah buat kerja gila iaitu aisha pernah balik library seorang diri pada waktu malam. Waktu siang tak apa lah lagi tapi nie waktu malam. Mak semua tak tahu. Andai kata mak tahu, habislah... Agak seram ye balik seorang jalan kaki. Dah lah gelap. Elak nak nagis tepi jalan je. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. *aisha sebenarnya TAKUT GELAP.Tapi alhamdulillah saya selamat tiba di KKTM.

Sedapnya kucing nie tidur..
4.      aisha rindu nak lepak bilik Ana or bilik Ieyda sampai aisha tertidur. hehe.. Bilik ke-2 dan ke-3 saya. Yelah.. Mata dah mengantuk. Nak naik bilik kat tingkat 4 malas. Jadi golek punya golek akhirnya tertidur juga saya di situ. hehe.. Tapi dorang baik. Dorang tak kisah pun.. kan? Kadang-kadangkan kitorang tidur ramai-ramai. hehe.. Comel je kan? Macam nie...
cumel...

5.      aisha rindu nak duduk dalam kelas study dengan kawan-kawan Section 3. Hampir setiap hari ngadap muka dorang kan. Masa semua terisi. Bila balik JB tak ke tepu dibuatnya. Kat sana mesti ada je benda nak buat. Kalau tak ada sekalipun ada kawan yang boleh kacau. Kat rumah? Harraaammm.. Takkan nak kacau kucing? Elak kena cakar je karang. hehe.. Handphone dan FB jelah jadi peneman setia saya di rumah..

6.      Last sekali aisha rindu nak merayap dengan Ana. hehe.. Rasanya hampir semua kedai yang dekat dengan Kampus Bandar kitorang dah pergi. Rindu nak pergi pasar dengan Al. Jalan-jalan kat BPMall pastu pergi beli donut (saya hantu donut). hehe..
      Senang kata lah kan, aisha happy sepanjang 4 bulan duduk sana. Happy dengan kawan-kawan dan suasana kat sana. Thanx guyz ^_^