Thursday, June 14, 2012

aisha nangis?



      haha.. Nie sambungan entry tadi. Bila masa pula aisha nangis kan? Hanya Ana dan Fatin saje yang tahu. Tak ada la.. aisha nangis masa dalam bas. Masa tu aisha duduk seorang diri. Fatin dengan Ana duduk belakang, jadi susah sikit nak perasan aisha kan? Tapi aisha tak kisah pun. Memang kalau boleh aisha tak nak sorang pun perasan yang aisha tengah nangis. huhu.. Lega sikit lah masa tu. Yela.. Bila Fatin dah perasan, aisha terpaksa slowdown sikit meyh. hehe.. MALU!!! erm.. Jelas kelihatan Ana dengan Fatin BINGUNG! Tiba-tiba saje aisha nangis. 


KENAPA??

aisha cuba senyum tapi aisha tak sure berjaya ke tak. Masa dekat Awana pun Amin perasan. Pergh.. Bengang seyh... Tapi aisha cuba cover selagi boleh. hehe.. Balik tu Ana tuntut penjelasan dari aisha. hehe.. aisha kata tunggu blog nanti. And sekarang aisha akan beritahu kenapa...



     Alasan sampingan aisha nangis ialah... 



1. Sebab masa nak naik bas aisha nampak Zizan. Erm.. aisha tak nak bagi harapan dekat dia mahupun permainkan dia. aisha tak nak dia salah anggap. aisha tahu betapa sakitnya bila perasaan kita nie dipermainkan. Jadi, aisha tak nak lah Zizan rasa sakitnya tu..

2. Petang tu aisha cari pasal dengan online FB. Seperti dijangkakan.. aisha akan dan PASTI terluka. aisha masih mengharapkan penjelasan dari apa yang telah berlaku. aisha rasa macam terseksa habis bila buka FB, buka HOME baca status dia dengan makwe dia. Masa Nafi dengan Kak Umai, aisha ok je. Kenapa sekarang tak?
    
     2 sebab sampingan tu bila dah bersatu mestila rasa sedih kan? Tipulah kalau aisha kata aisha happy. Tapi aisha akan sedaya upaya cuba untuk senyum dan bergembira depan kawan-kawan aisha.  Lagi-lagi masa nak pergi makan tu kan. aisha naik bas pun tanpa kerelaan kan hatikan. aisha dapat jangka yang perkara macam nie PASTI berlaku. hm.. Fatin ada tanya aisha 1 soalan. Soalan dia tu betul cuma aisha susah nak mengaku. Fatin tanya aisha rindu dan teringat kat dia ke...? aisha sayang dia? Dia tahu? erm...



.



.



.

Ye... aisha rindu dia.. aisha teringat semua apa yang pernah berlaku hampir 4 bulan yang lalu. Satu persatu peristiwa tu bermain dalam kotak ingatan aisha. aisha tak tahu samada aisha mampu bertahan ke tak selama 2.5 tahun kat sini. Kalau mampu Alhamdulillah la. Kalau tak? hm... Haru kan? aisha tak tahu nak kata apa kat Fatin. aisha diam sambil tengok luar. aisha tak berani nak pandang langit apatah lagi cari bintang. aisha cuba kuat demi masa depan aisha. aisha tak nak hancurkan harapan semua orang. Serius aisha kata aisha rindu semua tu. huhu.. Ya Allah.....




Thanx for reading ^_^!