Insiden Lawak.. Padan muka!!



      Assalamualaikum... Pagi Selasa yang indah aisha, Fatin, Ieyda, Tasha, Wawa, Khuza, Ikin dengan Barkeh cari kelas LK dekat mana. Yelah.. Walaupun budak PraDip tapi kitorang kan study kat Kampus Bandar. Jadi bila kena study dekat Kampus Induk jadi huru-hara lah sikit. Kitorang lewat masuk kelas. Dalam 25 minit juga la. hehe.. Kelas dekat tempat lain kitorang pula cari dekat tempat lain. Mana tak harok.. hehe.. Dalam kelas tu tersangat lah bosan. hehe.. Maaf.. Yelah pensyarah tu terangkan apa yang ada dekat skrin tu je. Pastu dia pasang vid pasal Etik Pakaian. Aduiii.. Lagila 'best' kan? Tapi aisha berjaya tahan mata daripada tertutup. Alhamdulillah.. hehe...Petang pnya kelas boleh dikatogerikan agak lewat jugalah keluar bilik. Jadi aisha dengan Fatin ambil masa 15 minit berjalan. YAY!!! hehe.. Kitorang sampai library tepat pada waktunya. Pensyarah baru sahaja nak masuk masa tu. hehe.. Kelas yang 2 jam menjadi 1 jam. Siapa tak suka kan? hehe..

     Malam tu Fatin dan Ana bercadang nak makan dekat Awana. Dengan dukacita dan terpaksanya aisha diminta untuk ikut bersama. aisha dengan berat hati bersiap. Dah siap semua tu, hati aisha rasa tak sedap. Naik bas depan TDI dn turun dekat ATM. hehe.. Ramai juga budak Diploma lelaki masa tu. Hanya Tuhan saja yang tahu apa aisha rasa.Dah pergi makan semua tu, aisha dengan Fatin, Ana, Amin dan Fauzan balik jalan kaki. Bila Amin dengan Fauzan dah balik TSN, aisha, Ana dengan Fatin duduk dulu sebelum balik TF. hehe.. Bila da macam tak ramai orang, kitorang pun naik lah bas Eltabina untuk pulang. Budak pandaikan. Dia tak tanya pun bas tu ke mana. Jadi, PADAN MUKA sendiri lah bila bas yang kitorang naik tu pergi Taman U. Kacau jadinya. Sepanjang berjalan pulang tu, aisha call Amin. Yelah, dia jelah tempat kitorang berharap masa tu. hehe.. Nasib baik dia ada. Dia pinjamkan phone dia untuk dijadikan torchlight kitorang malam tu. hehe.. Thanks sangat-sangat. aisha, Ana & Fatin terhutang budi dekat Amin dengan Fauzan. Bila sampai TF semua kepenatan. Lepas text Amin beritahu yang kitorang dah selamat sampai, aisha tertidur. Dah macam orang merempat dah masa tu. Apa tak nya.. Tiga-tiga tidur dekat lantai.. haha..

     Pengajarannya di sini ialah hafal kedudukan bangunan dalam UTHM nie. Yang keduanya, sebelum naik bas tanya dulu. hehe.. ^_^