erm.. sedih..



     Assalamualaikum.. Setelah sekian lama blog ini tergendala gara-gara tiada 'line' internet dekat TF. Sepanjang tak dapat online, aisha rasa macam-macam aisha nak cerita. Tapi bila dah boleh online, aisha lupa pula nak cerita apa. Cuma yang aisha ingat ada beberapa insiden yang membuatkan aisha menitiskan air mata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakit dan terlukanya hati ni. huhu... 


     aisha terkilan sangat dengan kawan-kawan rapat aisha dekat UTHM. SAHABAT? Betul ke perkataan tu ada maksud atau hanya sekadar perkataan semata-mata? Ye, kalau ye pun da jumpa pasangan masing-masing agak-agak lah. Jaga lah juga perasaan orang lain. aisha ikut korang ke mana-mana bukannya nak lihat korang berbual-bual sesama sendiri. Sesungguhnya aisha memang tunggul at situ. TAK WUJUD. Cukup lah. aisha tak kuat nak hadapinya. Sebulan bukan masa yang singkat tahu. Kalaulah sebulan tu macam satu hari tak apa tapi sebulan tu 30 hari. Maafkan aisha sekiranya suatu saat nanti aisha pertikaikan semuanya. Dan aisha harap agar korang tak akan ungkapkan perkataan SAHABAT tu sekiranya ungkapan korang tu hanya omongan kosong semata-mata. hehe...

      Selamat malam... ^_^