Wednesday, August 15, 2012

Buah hati halimunan.. pelik =.='

buah hati = buah beerbentuk hati?

      Hari Sabtu hari tu sebelum Atin balik rumah dia, dia sampaikan pesan Jijan dekat aisha. Jijan kata lah yang dia da takkan kacau aisha lagi. Takkan tu takkan nie. aisha yang tak tahu apa-apa nie mesti lah pelikkan. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba je mamat nie. Jadi aisha pown tinggalkan pesanan dekat inbox FB dia. aisha minta penjelasan sebab aisha memang tak faham apa-apa masa tu. Dah lah tengah stress dengan pembetulan kenegaraan. Dia boleh pula main sentap segala. Nak jadikan cerita, malam tu Jijan text aisha minta maaf semua. Dia beritahu aisha apa yang berlaku. Dia kata 'buah hati' aisha call dia dan macam marah-marah dia. Dia tak bagi Jijan contact aisha semua. Huhu.. aisha pelik lah. Jadi aisha pun tanya pada mereka yang berkaitan akan kebenaran kisah tersebut. Mereka yang berkaitan pun tak tahu apa-apa pasal nie. Jadi sekarang nie aisha pelik, siapakah gerangan si sia yang baik  hati sangat tu sampai mengaku 'BUAH HATI' aisha? Saya harap siapa yang mengaku tu tolong lah tonjolkan diri. aisha bukan nak mara. Cuma nak tahu kenapa nekad sangat sampai nak buat macam tu. Tu je.. Tak lebih mahupun kurang.. ^_^


Thanx for reading ^_^!