Wednesday, August 22, 2012

Hari Raya Ke-3

Tema untuk hari nie ♥OREN

      Hari nie aisha beraya dekat kampung. Gembira sangat-sangat sebab hari raya pertam dan kedua aisha tak pergi mana-mana pun. Jadi, hari nie baru nak gerak pergi beraya. Pukul 11 lebih aisha gerak dari rumah pergi Benut. Lepas pergi rumah Fuang Supok dan Fuang Dodah, aisha pun gerak pergi BP. Agak lewat juga sampai dekat rumah Mak Indok. Semua sedara mara dah balik. *sedih Tapi tak apa sebab aisha boleh jumpa dorang bila beraya nanti. hehe... Nasib baik tadi Kak Nana patah balik, kalau tak mesti tak dapat jumpa Kak Nana. huhu... Dalam pukul 7, aisha pergi rumah Kak Wani dekat Gunung Soga. Seperti biasa, aisha dengan Faiz sudah pasti tak boleh duduk dekat. Tak dia kacau aisha, aisha kacau dia. hehe.. Cuma sorang nie je aisha tak berani nak kacau.. hehe.. Nama dia Aizat.. haha... Mungkin sebab dah lama tak dengki sama dia tu yang macam janggal sikit tu. Kalau tak dulu... *alamak! teringat pula nostalgia lama Last sekali sebelum balik JB, aisha singgah semula ke Benut. Sambung beraya ke rumah Cik Hokdi. Maka tamatlah perjalanan aisha pada hari raya ke-3. Raya ke-4? Rasanya hanya menunggu tetamu datang rumah sambil buat LK. Buat ke? hehehehe... 


Thanx for reading ^_^!