Wednesday, August 15, 2012

air mata gembira untuk dia?


      Assalamualaikum.. Keadaan aisha tengah hari tadi sama macam epal yang tersembunyi belakang kertas tu. Senyuman yang terukir di wajah menyembunyikan kesedian di hati. Cewwah ayat.. hehe... Tengah hari tadi aisha merayap dekat Home FB aisha. Then terbaca satu status nie. Jadi dengan pantas tangan aisha update status FB yang berbunyi :


      Status tu aisha tuju pada seseorang yang aisha pernah sayang. Mungkin rasa sayang tu masih ada tapi tak seperti dulu. aisha pun tak ada dendam-dendam mahupun sedih lagi. aisha dah maafkan semuanya. aisha dah dapat lepaskan dia dari hidup aisha walaupun tak sepenuhnya tapi aisha happy sebab dia dah jumpa seseorang yang mampu dan boleh buat dia happy. Cuma aisha harap dia tak buat macam dia buat kat aisha sebelum nie dan lepaskan kakak nie macam dia buat pada ex dia yang sebelum nie sebab aisha kenal kakak nie. Kakak tu satu sekolah dengan aisha masa aisha dekat SMIH. Jadi tadi rasa macam terkejut lah juga. aisha tumpang gembira untuk dia dan aisha hanya mampu berdoa agar dia bahagia dengan kakak tu. 


Thanx for reading ^_^!