Balik cuti raya pun kena marah?

-hiasan semata-mata-

      Assalamualaikum.... Semalam merupakan hari terakhir aisha kat UTHM untuk puasa ini. Semalam aisha buka puasa dengan roomate aisha iaitu Sella, Syuhada, Atin dan Ana. hehe.. Memang best lah dapat buka dengan korang even dekat AWANA je. Walaupun penat menanti makanan tapi semalam merupakan hari yang agak huru hara sedikit. Lepas makan, kitorang semua pergi ssolat dekat surau Taman U. Lepas solat, aisha berpisah dengan dorang semua. aisha akan gerak balik Jb malam tu jugak. Dorang yang lainn pula nak pergi expo Parit Raja. Mesti best kan dapat jalan ramai-ramai. *JELEZ aisha nak follow jugak! hehe.. Tapi apa kan daya... Ok tak kisah la.. Nak dijadikan cerita, semalam tak semua panggilan dan mesej yang masuk aisha layan. Jadi, bagi sesiapa yang mesej dia aisha balas tu bersyukur lah ea. Jijan call aisha dalam 10 kali jugak lah. Tapi aisha tak angkat sebab aisha tak ada mood + dengar lagu (phone in silent mood). Sedar-sedar je dah ada 8 mesej. aisha kena marah dengan dia. errr... Apa seyh.. Tak payah la sampai nak angin dengan aisha kan. Dah kalau aissha tak sedar nak buat macam mana. Dia marah sebab aissha tak angkat call dia dan tak beritahu yang aisha nak balik. Eh, apa kes seyh.. Suka hati aisha lah kan nak beritahu ke tak. Memang semalam kalau lah boleh kan, rasa macam nak baling je henset nie keluar dari tingkap kereta. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa sakitnya hati nie.. erm... Dia kata dia nak bagi aisha barang. Tapi memandangkan aisha dah balik, jadi dia bagi barang tu pada Nas. Erm.. Lantaklah, aisha memang da malas nak layan.