Friday, September 7, 2012

Luahan hati 2 (September)

      Satu persoalan yang sering bermain dekat fikiran nie :

"Kenapa sebuah persahabatan akan renggang or putus bila seseorang tu kapel?"

      Tak ada lah.. Cuma macam pelik je. Kenapa persahabatan yang terjalin akan terjejas kerana sebuah hubungan yang tak jamin kekal? Erm.. Kenapa perlu ketepikan kawan? Bila kita dah jalinkan hubungan, sekarang memanglah kita akan cari gf/bf kita bila ada apa-apa. Tapi cuba bila gf/bf kita tiada, pandai pula terhegeh-hegeh cari kawan. Ngadu itulah.. Inilah.. Bila ada gf/bf, kawan yang depan mata pun macam halimunan je. Kenapa kena macam tu? Awal-awal memanglah gembira sebab tengah mabuk bercinta kan. Cuba bila dah beberapa bulan atau hampir cecah setahun, hubungan tu mesti dah tak macam awal-awal dulu kan? Bila dah bertahun-tahun pula macam mana? Nanti bila dah putus, orang yang kita dah ketepikan tu juga yang akan kita cari. Curhat itu ini.  Nyesal lah. Apalah.. Sebagai kawan pula, kita mestilah tak sampai hati nak tinggalkan dan ketepikan kawan yang tengah sedih tu kan.

      Jadi, memang terbukti yang kawan-kawan akan temani kita. Namun tk semua yang mampu menemani kit saat kita tengah sedih. Ada yang hanya mampu berada di samping kita bila kita gembira je. Bila kita sedih atau susah, batang hidung dia pun kita tak nampak. PENGAJARANNYA di sini,janganlah kita ketepikan kawan-kawan kita tak kiralah apapun berlaku. Sebab bila susah nanti, mereka jualah yang akan kita cari...


Thanx for reading ^_^!