Permulaan Semester 2

Cumel an?

      17 Nov,aisha gerak dari Jb untuk balik ke UTHM. Berat rasa hati nak balik sana. Mungkin sebab lama sangat cuti kan? aisha tak ada mood lagi nak naik Sem 2, mula kelas bagai.. Kenapa aisha macam nie pun aisha tak tahu. Kalau dulu excited je nak study tapi masa hari tu... erm... So, aisha sampai TF dalam pukul 2.30 petang. Ambil kunci bilik dan terus gerak pergi BPMall. Kononnya nak cari baju lah kan. Oleh kerana saya cerewet, masuk kedai keluar. Last-last jalan je. Malas nak cari baju. Nama pun tak ada mood kan? Malam tu tidur rumah Kak Rin. Keesokan tengah hari baru aisha gerak balik TF. Tu pun liat. Ngadap tv dulu la. Kacau Nabihah lah. Urgh.. Kalau boleh tak nak balik TF awal-awal. Roomate masa tu tak kenal lagi siapa dan dorang semestinya tak sampai lagi. Dan... Itulah kenyataannya. Kerana kebosanan dan kesunyian seorang diri, aisha pun layan lah cerita Barbie. Jadi kanak-kanak kembali. ^_^

        Jadi... Roomate aisha untuk sem nie dan sem hadapan (katanya lah) nama dia mereka Ainun, Aireen dan Aisah. hehe.. Ainun aisha da kenal masa sem 1 sebab dia budak awam. Aireen tak kenal dan tak pernah nampak pun dia sebelum nie tapi aisha da tegur-tegur lah jugak dia tu. Cuma Aisah tu je yang aisha tak pernah tegur walaupun pernah nampak dulu. Nak tegur.. Tapi malu.. Lagipun dia macam biskut la. Kejap ada. Kejap tak ada. Tapi kebanyakan masa tak ada lah. hehe.. Jadi, itulah penghuni G5A-216 selain saya. hehe..

      Penghuni kali nie tak sama dan mungkin takkan sama dengan penghuni bilik aisha yang sebelum nie. haha.. Bilik nie walaupun ada orang,tapi sama je macam tak ada orang. Sunyi sepi boleh tak.. Semua buat kerja masing-masing. Sampaikan aisha asal masuk bilik je tidur gara-gara kebosanan. hehe.. *mungkin masih baru Kalau dulu,bilik tu mesti kecoh dengan suara Sella gayut dengan buah hati dia, tak pun suara anak beranak bergurau (Sella & Atin). huhu... Lain lah rasa sem kali nie.

       Cuma aisha harap semuanya akan berjalan dengan lancar lah. Walaupun tiada mood bagai, aisha akan cuba cari mood itu untuk aisha study ^_^ hehe...