Outing @ Plaza Angsana


       Assalamualaikum.. Rasa penat aisha masih belum hilang lagi tapi berbaloilah dengan kegembiraan yang aisha alami semalam. Apa aisha buat? hehe.. Semalam hampir semua budak ST berkumpul semula dekat Angsana. Mastermind kali nie Tinie. aisha macam biasa lah contact semua orang dan sebarkan pasal aktiviti nie. Alhamdulillah ramai yang ada. Antaranya Izzah, Didy, Safiqah, Izaan, Mira, Jijy, Wanie, Nisa, Tyqa, Qila, Chik, Tinie, Afrina, Mizan, Icad, Epul, Haiman, Kerol, Arif, Iqhmal, Halim, Soleh, NajibMan. Ramai kan? hehe... Walaupun ada penglibatan dari kelas lain tapi relax sudah. Budak ST spoting lar weyh..

      aisha gerak pergi Angsana dengan Izzah & Didy. Izzah yang drive. Jelez! Sepanjang dalam kereta tu gelak je kerjanya. hehe.. Izzah drive macam apa boleh. Seram aisha dibuatnya. Sesedap rasa dia buat jalan tu macam jalan dia. hehe... Macam-macam lah minah sorang tu. Tapi xkisah r.. Kenangan tu.. haha.. *Izzah, Didy beritahu aku masa korang nak balik tu... Kau pasang wyper dari dalam Angsana.. Siyes ke beb? Kurang-kurangkan lah nervous kau tu. Nie baru kitorang 2 orang yang tumpang. Atotoi... Relax ye :P

      Masa tuk berkumpul sepatutnya 11 pagi tapi biasalah. Siapa tak kenal ST kan. Berpegang pada janji Melayu. hehe.. Last-last pukul 1 baru semua ada. Kitorang mula dengan main bowling. Kitorang guna dalam 5 lane. 2 untuk perempuan dan 3 untuk laki. aisha pada awalnya tak nak main tapi tengok dorang main macam best je, aisha pown join la. haha... Penat tahu pujuk Wanie supaya main sekali. Tapi harem... Dia tetap taknak main. Sebab aisha dengan dia tak berapa reti nak main sebenarnya. haha.. 
with Tyqa. Izzah, Wanie, Safiqah & Izaan
Solehuddin Al-Ayubi
*rindu nak dengar kau nyanyi.. kau penyeri ST..

The Boys
Icad, Mizan, Haiman & Kerol

Tyqa, Mira & Qila 

Didy, Wanie & Jijy

Snap before Chik balik
Jijy, Chik, me, Tinie, Wanie, Safiqah & Tyqa

Sayang korang sangat

Izzah ada bodyguard lah
credit to Safiqah & Didy

Icad Sabiq ^_^
*rindu nak tengok kau main gitar macam dulu

Cuba teka Tyqa dengan siapa...hehe...

       Bila semua dah puas main bowling, perut pun meronta-ronta agar diisi. Kalau diikutkan perancangan kitorang semua makan dekat Restoran Ayam Penyet tapi atas sebab-sebab tertentu, kitorang tukar plan. Semua menuju ke McD. hehe.. Kitorang guna 2 meja panjang dan 2 meja biase. Kiranye terpisah lah. Tapi dekat-dekat je. McD memang kitorang punye. Riuh dengan kitorang je. Nama pun dah lama tak berkumpul kan. Macam tu lah jadinya. hehe..

Tyqa, Mira, Nisa & Qila
Najib & Iqhmal
Man, Najib, Icad & Mal
Halim, Soleh, Najib & Mal
Epul, Arif, Kerol & Mizan
with my gorgeous sisters
Wanie & Afrina
Tyqa, Safiqah & Didy
Izaan, Izzah, Wanie, Tinie & Afrina

        Lepas makan semua berpisah. Ada yang pergi main game dekat atas, jalan-jalan dan ada yang pulang. aisha dengan Wanie teman Afrina cari baju untuk abang kembar saya, Fandi. hehe.. Masa nie dia tak dapat join sebab Poli belum cuti lagi. Lepas dah dapat baju yang sesuai, kitorang menuju ke Badan Cemerlang. aisha beli novel. hehe.. Kali nie aisha beli novel yang tajuknya Hei... Aku Kenal Cinta! aisha belum mula baca, mungkin nanti kat U baru baca. hehe...

       Tamat sudah perjalanan aisha pada 14 November 2012. Walaupun hanya satu hari tapi ianya merupakan kenangan yang sangat indah. Semoga persahabatan antara kitorang semua akan kekal selamanya. Aamiin~.. Terima kasih buat kawan-kawan yang hadir ^_^ & sudi layan kerenah aisha dari tempat bowling, McD sehinggalah sebelum aisha balik. hehe.. Sayaaaaannnggg sangat dekat korang semua. Budak gedix nie doakan agar korang berjaya untuk naik Sem 2 nanti & semoga berjaya buat korang yang akan ambil final bulan Disember nie.. Adios~~