Tak tahu nak kata apa

Hiasan semata-mata
      Sekejap je masa berlalu meninggalkan kita. Rasa tak puas lagi duduk rumah nie. Bila kira-kira semula, cuti sem tinggal seminggu je lagi. aisha tak tahu apa aisha rasa. Semua perasaan bercampur dah nie. Hanya Tuhan saja yang tahu. Lagi-lagi ditambah pula tadi aisha tiba-tiba teringat apa yang pernah berlaku, apa yang aisha harapkan dan macam-macamlah lagi. Semua tu kenangan.. erm.. Hampir 18 tahun masa berlalu meninggalkan aisha. Macam baru semalam je masuk tadika semua. Namun kenyataannya, aisha dah pun masuk Universiti. hehe... Ok, aisha dah terkeluar dari tujuan utama entry kali ini.

      Erm.. Nak dijadikan cerita,semalam berlaku sedikit perselisihan. Perselisihan ke? Entahla. Yang pasti ada 2 isu yang buat aisha panazzz... hehe.. 

      Isu Pertama --> Seperti yang aisha tahu, abang Is not a smoker. Entah macam mana, aisha terbaca post dia yang dia nak merokok. Dan selepas berdebat pasal nie, dia kata yang dia janji dengan aisha yang dia akan ambil pun masa stress yang teramat je. *aku benci dengan janji Lagipun abang kata yang dia tak sanggup habiskan duit untuk tu. Ok.. aisha layankan jela. Malas nak perbesarkan isu nie. weee~~..

      Isu Kedua --> Yang kedua nie agak geli hati sedikit tapi still buat aisha angin. Yela.. Mungkin masa dulu, aisha tak macam nie dengan Mr.H. *aku akan jaga hati orang macam mana orang tu jaga hati aku (prinsip dulu) Kalau dulu, aisha akan pentingkan orang lain berbanding boyfie. Tapi sekarang, mungkin keutamaan sama rata cuma.. aisha akan jaga hati dia lah. Dia tak salah apa-apa pun. Takkan lah aisha nak lukakan hati dia pula. Erm... Jadi tak salah kan kalau aisha sayang boyfie aisha? huhu...