Hari ke-7


      Hari nie merupakan hari yang paling bermakna buat aisha.. huhu.. Nak tahu kenapa? Sebab hari nie genaplah hubungan aisha dengan Daus 5 bulan. Wah!!! Sekejap sungguh masa berjalan.. Dah 5 bulan dah hubungan kitorang nie kan.. huhu.. Doakan kitorang k? hehe.. Selain tu, hari nie juga merupakan hari lahir mak.. HAPPY BIRTHDAY MAK!! hehe.. Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezki... Dan juga semoga emak sihat-sihat selalu.. Aamiin~

      Aktiviti aisha pagi niei bermula jam 9.00 pagi di mana aisha kena sorong mak buat tawaf. Saie akak pula yang sorong. Dalam pukul 12.00 tengah hari selesai. huhu... Petang tu pula, aisha gerak pergi masjid dengan ayah. Selepas solat, aisha pergi jalan - jalan dan makan aiskrim dengan ayah. hehe.. Jangan jelez ye.. Petang nie hanya untuk ayah & anak sahaja. Ngee... Dah penat berjalan petang tu, sambung lagi malam tu lepas Isyak. Tapi ada mak dengan akak sekali. Alang-alang aisha carikan Daus jubah. Nak cari yang betul-betul fit ukuran saiz dia memang tak ada. Orang kat Mekah sendiri kalau mereka nak baju yang betul-betul ukuran mereka, mereka upah. So, mungkin jubah tu besar sedikit lah.. hehe.. Harap-harap awak suka ye.. hehe... Selain tu, aisha borong tasbih. aisha beli sepuluh sahaja dan semuanya 50 riyal. Kalau tak 100 riyal tapi sebab share dengan mak, dapatlah murah sedikit. hehe.. Oklah kan? heheh.....