First day at Mekah :)


       Excited? Hahaha... HARUSLAH.. Ada ke orang yang tak excited dapat jejakkan kaki kat tanah suci nie? Dapat buat Umrah... Dapat lihat Kaabah.. huhu.. Nak dijadikan cerita, kitorang semua sampai sini tepat jam 10.30 malam  semalam (M'sia) & 3.30 pagi dekat sana. Amat letih.. Tapi tak apalah.. Bukan selalu kan? Kitorang diberi masa 2 jam untuk makan & angkat barang masuk bilik. Tepat jam 12.30 pagi, kitorang menuju ke Masjidil Haram untuk buat Umrah yang pertama. Segalanya selesai lebih kurang jam 2.30 pagi. Memandangkan masa untuk solat Subuh lama lagi, jadi kitorang buat keputusan nak balik hotel dulu. Nanti baru gerak semula ke masjid.

       Selepas solat Subuh, aisha dengan akak merayap dekat kedai yang berdekatan dengan hotel. Bukan apa ok. Akak nak cari baldi untuk memudahkan urusan cuci baju. Dan.... Setelah main pusing-pusing, akhirnya kitorang jumpa juga baldi yang berharga 10 riyal.

      12.30 pagi, selesai solat maghrib ada kekecohan berlaku di tempat solat bahagian bawah. Ada yang kata polis sedang mengejar pencuri tapi dari apa yang aisha perasan ialah polis baru sampai. erm.. Persoalan di situ. Ada juga yang kata sebab ada percikan api pada kabel elektrik. Jadi? Agak-agak mana yang betul? Selepas disiasat bagai, yang kedua tulah betul. hehehe....

       First day kat Mekah, hidung saya berdarah kerana kepanasan dan 2 kali aisha pulang dari masjid seorang diri iaitu pada waktu Subuh dan Isyak. Waktu Subuh tu sebab terpisah dengan akak manakala yang waktu Isyak tu sebab akak dengan Ika balik dulu. Ada hal katanya. hehehe...

      Hari nie juga, 1 hari aisha tak jumpa dengan mak dan ayah. Kenapa? Sebab dari semalam ayah dan mak dekat hospital. Sekarang dah pukul 3.10 pagi, dan mak masih lagi belum dialesis. Ika kata Aunty Rai dah siap dialesis da. Tinggal mak je.. erm.. Harap tak ada apa-apa halanganla. huhu.. Ayah, mak & Aunty Rai still dalam ihram. Kesian~