Celebration Birthday Ikin


      Semalam merupkan hari jadi roomate aisha yang sorang nie.. Nama dia Ikin.. Jadi, masa malam hari jadi dia (3hb), kitorang tak wish langsung birthday dia. Kononnya kitorang semua lupa padahal memang saje-saje nak kenakan dia kan.. Walaupun dia oncall kuat-kuat cakap pasal birthday dia, kitorang semua buat macam takde pape berlaku. hehe.. Jahatkan? Esok after kelas Math Kejut (4hb), kitorang pun plan semula nak sambut kat mana bagai.. Keputusan telah dibuat iaitu sambut dekat KFC. hehe.. Kitorang bahagi-bahagikan tugasla.. Atin dengan Wawa bawa Ikin pergi KFC.. Ida dengan Tasha sediakan hadiah manakala aisha dengan Khuza pergi beli kek.. Semuanya kena siap dalam masa 1 jam.. Dan Alhamdulillah kek juga berjaya diperoleh kurang dari 1 jam.. *bangga jap Sewaktu on-the-way ke KFC, aisha call Daus sebab nak ajak dia celebrate birthday Ikin sekali.. hehe.. Dia pun setuju.. Dan sambutan nie pun berjalan dengan lanjar.. #Alhamdulillah