S.M.I.L.E ( ! )


Senyuman yang terukir di bibir terhasil kerana menggambarkan bahawa diri ini bahagia. Dengan senyuman juga kita mampu buat orang sekeliling kita rasa kegembiraan tersebut. Namun, ada kalanya senyuman itu hadir bagi menutupi kesedihan di hati. Kerana tidak mahu ada yang mengetahui akan kesedihan itu, maka wujudlah 'fake smile'. Walau sesukar mahupun sesedih mana seseorang itu, dia pasti akan cuba untuk senyum lagi-lagi di hadapan orang yang disayanginya itu. Senyuman mampu mengubat kedukaan. Senyuman mampu menyembunyikan perasaan sebenar. Senyuman juga mampu membuat persekitaran kita bahagia. Senyum.. Senyum.. Senyum..  :)
Tak susah pun nak senyum nie sebenarnya kan?