Friday, February 26, 2016

2015 / 2016


       Minggu pertama untuk semester ini telah pun tamat. Okay.. Serius mencabar sem nie. Dengan subjeknya, lecturernya dan mungkin ada hal lain. Namun, baru minggu pertamakan. Tak banyak benda yang aisha dapat kata. Azam sem nie nak kekalkan tubuh badan yang sihat. BUKAN sihat yang makin membesar taw.. Tapi sihat yang membawa erti sihat la.. Walaupun belum apa-apa hal dah sakit. In shaa Allah da nak baik la nie. 

      Untuk sem nie sama je macam sem lepas. Masih lagi proses menaikkan pointer yang sedang terkapai-kapai diatas permukaan air. Tak tahu lagi keadaannya macam mana cuma harap-harap semuanya berjalan dengan lancar jela. Amiin~

      Masih lagi mengharap keajaiban untuk berlaku.. hehe.. Masih mengharap perkara yang baik dan tidak dijangkakan untuk berlaku. Perancangan untuk sem ini memang berlambak. Masalahnya dari segi perlaksanaan tu je yang agak shiput shedut soot soot sikit. Ikut jela perjalanan yang dah ditentukan, agak-agak baik teruskan.. Kalau tak campak kat laut jela.. Jadi, tiada apa-apa yang menarik lagi untuk sem ini. Macam selama nie ada benda menarik je -.-' Siapa rasa dia menarik cepatla muncul depan mata nie..ooppss... 

 With love,     
Miss Aish


Thanx for reading ^_^!