Saturday, March 5, 2016

Week 2 - DONE !


      Usai sudah minggu kedua untuk semester kali nie. Enjin baru nak panas. Assignment dengan projek semuanya dalam perjalanan dan dah ada yang beratur. Program pun sudah mula mengisi ruang-ruang kosong. Segala ujian pun sudah mula melambai di persimpangan jalan. Ok seram.. Macam tengah buat cerita hantu je.. hehe..

     Untuk minggu nie aisha da mula 'busy' sikit.. Tapi masih boleh bernafas lagi. Baru terasa penat dengan segala kelas yang nampak macam lapang. Namun pada kenyataannya padat. Ok, adat sebagai pelajar. Minggu nie boleh dikatakan berlalu macam tu saja sebab perangai saya yang suka berfoya-foya nie. Kerja berlambak tapi masih sempat berjalan, tonton movie kat lappy dan paling sempat.. Tonton wayang.. hehe.. Terima kasih Ipah, Ika, Kak Nad, Wawa, Cikin dan Hairi :) Bahagia I-olls tonton Munafik :"(

       Hari nie pun agak penat sebab ada Seminar Pengurusan Organisasi (SPO) anjuran PPA. Mula pukul 8 pagi dan tamat pukul 7.30 malam. Agak penat.. Tapi keseronokannya tetap ada. Mungkin paperwork kami kena reject.. Tapi kami gembira sebab dapat berangan untuk menjejakkan kaki ke Tokyo. haha.. Ok mengarut.. Terima kasih untuk kumpulan paperwork dan kumpulan explorace. aisha mungkin tak tahu nama korang, tapi aisha happy kenal korang.. cewwah... Kenyataan sebenarnya bukan sombong cuma tak pandai bergaul. ngee.. aisha kongsi gambar masa bakar ikan jela ye.. ^_^

With the teammates
Proses pembakaran ikan
Group yang agak meriah dan havoc
Kumpulan lawan :P
 
With love,     
Miss Aish


Thanx for reading ^_^!