Rindu padamu..

      Tahun nie beraya tanpa awak. Ingat lagi, start awak sakit, awak dah tak datang raya rumah. Last kte contact masa tu pun awak yang call. Tapi masa tu aisha tak layan awak sangat. Aisha pentingkan lelaki yang aisha baru kenal. Maafkan kita awak. Sebenarnya kita rindu awak. Mungkin bila bersua muka, kita xpernah nk berbual dengan awak. Kita nak sangat persahabatan antara kita nie macam masa kecil-kecil dulu. Takdenya nak segan malu bagai. Awak, no fon awk kita simpan lagi. Kita tak tahu tuk ape kita simpan tapi kita tak mampu tuk delete. 

      Awak, ingat lagi tak masa kecil awk selalu datang rumah kita masa awak duduk sini. Hampir setiap petang. Kita main, kacau hamster sampai kita sama-sama kena marah dengan mak. Masuk tadika, hampir setiap hari kita menangis sebab tak sama kelas dengan awk dengan Mira. Awk, masa kecil comel je. Kalau datang rumah lepas mandi, msti kak Noreha tepekkan bedak kt muka awk mcm tepek tepung. Hehe.. Masuk sekolah rendah, awak pindah Muar. Masa tu kita da lost contact kan? Jumpa pun time raya. Tu pun kalau awak ada.. Bila dah masuk form 4/5 kita baru jumpa awk punya fb. First and last chat kita pasal keputusan SPM dengan sambung belajar mana. Pendek je chat tu. Hmmm.. Then, kita selalu ngata awak sebab awak selalu tukar makwe. Hehe.. Yela mane taknya. Nadzreen yang masa kecil bambam dah jadi hensem bila da besar. Mesti la ramai peminatkan? Bila dah besar, kita berdua tak pernah bergambar sama. Masing-masing segan. Bila awk dah takde nie, baru kita nyesal. Kita takde kenangan dengan awk.

Sahabat yang dirindui selalu

      Awak.. Hari ahad ritu (10/7)  mak, ayah, kak Noreha, Aisy, Aira dengan makcik awak datang beraya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kita masa tu. Kita harap sangat awak ada masa tu. Tapi kita tahu, kita kena terima hakikat yang awak dah tak ada. Kalau awak ada, mesti awk geli hati tengok gelagat anak buah kesayangan awak dua org tu. Tak berhenti bergurau..  

      Awak tahukan yang awak kawan dan sahabat lelaki kita yang terbaik dari kecil dan in shaa Allah sampai ke syurga kelak. Aisha teringin nak lawat awak tapi aisha masih tak berkesempatan lagi. Maaf.. In shaa Allah kita akan lawat awk juga nanti. Awk, jaga diri kat sana. Kita akan selalu kirim doa dan alfatihah tuk awk. Aisha sayang awak selamanya wahai sahabatku, Muhammad Nadzreen bin Jamari...

With love,   
Miss Aish