Monday, July 11, 2016

Raya Raya Raya...


      Assalamualaikum.. Rasanya masih belum terlambat lagi tuk aisha mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat kenalan, sahabat handai dan family tersayang. 

      7 hari sudah Ramadhan meninggalkan kita lalu ditemani pula dengan bulan Syawal nie. Syawal kali nie lain macam sikit tapi aisha still happy di samping keluarga. Tahun nie, macam raya sebelum nie juga.. First raya aisha kt JB je. Raya ketiga baru gerak ke Batu Pahat dan Benut. Walaupun penat, tapi bila jumpa sedara mara terus hilang penat tu. Riuh dan meriah dia lain. Walaupun tak semua ada namun tetap meriah.

      Alhamdulillah.. Tahun nie aisha masih laku lagi tuk dapat duit raya. Hehe.. Terima kasih buat yang masih sudi memberi pelajar seperti saya nie. In shaa Allah duit raya kali nie akan digunakan tuk sesuatu yang bermanfaat. 

     Tahun nie kemungkinan ST beraya tiada sebab semua busy dengan latihan industri. Tahun depan giliran saya berlatihan industri. Oklah.. Sampai sini coretan aisha tuk kali nie :)



With love,   
Miss Aish


Thanx for reading ^_^!