Friday, February 10, 2012

Coretanku...


     Assalamualaikum kepada mereka yang baca entry ni. Beberapa hari da aisha balik sini. Agak boring la jugak sebab tak ada apa-apa yang boleh dilakukan selain rutin biasa. aisha boring sebab tak ada kawan nak ajak berbual dalam bilik. Almaklumlah duduk seorang diri lah katakan. Hari pertama kembali ke kampus, aisha da terluka. Bukan hati tapi kaki.. Sampai sekarang masih rasa sakitnya. Walaupun nampak kecil je luka tu tapi hakikatnya luka tu dalam. Tulah jalan tak lihat-lihat lagi. Kan dah terpejak besi tepi jalan. Alar.. Pada awalnya aisha da elak da. Tak sangka pula ada lagi kat depan kan. Harap-harap tak bagi apa-apa effect kat diri aisha la. Seram jugak. Tak pasal-pasal sakit sawan ke apa ke.. Yela, pijak besi yang dah terbiar entah berapa abad lah kan. huhu..

     Minggu nie merupakan minggu yang agak busy. Banyak presentation dan kerja yang nak dibuat. Next week da ada test 1. Doakan yang terbaik untuk aisha k? Walaupun aisha tak berapa nak minat bidang engineering nie tapi aisha akan lakukan yang terbaik ^_^ hehe.. Ada sesiapa yang boleh tolong ajar aisha addmath dan calculus tak? Susah la. Nak suruh mama K ajarkan jauh sangat. Mama K kat Johor dan saya kat Parit Raja.Ok.. Teringat masa dulu. Rindu la hai masa belajar dalam kelas dengan kawan-kawan yang sudah seperti adik-beradik. Bila lah dapat jumpa dengan dorang kan? aisha rasa bulan 2 nie aisha tak balik JB. aisha berkampung kat hostel je. hehe... Masa result keluar nanti pown aisha rasa aisha tak dapat pergi ambil sebab aisha malas nak ulang alik. Rasanya nanti ayah yang amik. Rasanya la... hehe.. Tapi aisha nak pergi sekolah. Nak jumpa dengan dorang semua, nak jumpa cikgu, nak jumpa Azry, Amsyar dan nak pulangkan kalkulator Mus. hehe.. Tak pulang-pulang sampai sekarang. Tapi aisha tak buat harta taw. Elok jewp dalam meja belajar aisha kat rumah tu.


      Erm.. Oklah.. Sampai sini dulu lah entry kali nie. aisha dah tak tahu nak kata apa. Cuma aisha harap agar kawan-kawan semua jaga diri dan senyum selalu ! ^_^ Bubbye..


Thanx for reading ^_^!