Kembali Beroperasi...

New look!
      Assalamualaikum.. hehe.. Entry kali nie tentang blog aisha yang telah beberapa hari di-private-kan telah kembali 'OPEN'. Kenapa aisha private? hehe.. Beberapa hari yang lalu, aisha si tangan gatal nie telah ter-klik bahagian template. Secara tidak langsung, aisha terhilang hampir semua. Background sudah tentu ilang kan. hehe.. Dengan "rela hati" aisha meng-edit semula blog nie malam semalam. aisha habiskan masa lebih kurang 3 jam untuk ubah blog aisha yang kosong kepada yang sekarang. *bangga jap.. Okie da. Masa telah tamat.

      Blog aisha kali nie lebih cenderong kepada ke-perempuan-an. Apa tak nya. Tema blog aisha kali nie PINK and WHITE. Sesiapa yang dah kenal aisha dari dulu mesti pelikkan. Kenapa 'pink'? Yelah.. Sudah sedia maklum yang saya nie BENCI dengan warna PINK. Tapi tu dululah. Kakak Winna kita telah berjaya membuatkan saya mula berjinak-jinak dengan warna pink. Bukan suka okay. Cuma dah tak benci. Kalau putih pula... aisha memang suka warna putih. ( Setelah warna purple ) hehe..

      Kali nie rasanya lagu yang aisha pilih lebih ke arah 'jiwang' kowt.. hehe.. aisha pilih lagu KU INGIN KAMU nyanyian Romance. hehe.. Sebab aisha pilih lagu nie ialah kerana lirik-lirik dia. aisha suka dengan lirik dan lagunya. Terutama pada bahagian korus. 'Sweet' gitu. hehe.. Tu pada pandangan aisha lah. *Boleh tak siapa-siapa nyanyikan untuk aisha? hehe.. Okay abaikan.. 


      Icon awan yang mewakili FB tu aisha tak ubah. Bahagian 'Leave u'r comment' pown aisha tak tukar. Gambar-gambar pada bahagian kawan-kawan aisha pown aisha tak kurangkan mahupun tambah. hehe.. Belum tiba masanya untuk aisha tambah orang. Blog yang sekarang nie aisha tak ubah background dia sebab aisha tak jumpa lagi yang sesuai dengan hati aisha. Header pown aisha tak letak gambar macam selalu. hehe..

      
      Rasanya tu je kowt untuk entry kali nie. Selamat malam semua ( ^^/ ) hehe...

..Yang dolu kala tinggal kenangan..