dating with them ^_^♥


      Assalamualaikum.. Baru hari nie aisha berkesempatan untuk update blog aisha yang tersayang nie.. hehe.. Hari Jumaat hari tu, aisha agak menyibukkan dengan aktiviti. Seperti yang pernah aisha update dekat entry sebelum nie, aisha ikut program berbasikal tu. hehe... Programnya bermula pada pukul  10 pagi tapi semua diminta berkumpul pukul 9.30. Tak semua yang ada masa tu sebab ada yang belum balik dari kelas. Nak dijadikan cerita, lepas tamat program tu kan... Budak TF yang degil-degil belaka nie kebanyakannya melencong. Tak balik TF terus termasuklah aisha, Fatin, Khuza dan Bulan. Kitorang pusing dekat area padang golf. Dekat persimpangan jalan, aisha hampir TERlanggar kereta. aisha dengan Khuza tengah berlumba masa tu. hehe... Cuba bayangkan basikal yang tengah laju terpaksa diberhentikan secara mendadak.. Senyum jelah kan...?



Miss Fatin

Cik Bulan dan Cik Khuza kita

      Tepat 12.30 tengah hari aisha bersiap-siap untuk keluar dating dengan....... IKIN, KHUZA & HANI dekat BPMall. Lebih kurang 6 jam juga kat sana. Jelajah 1 BPMall.. Cari barang LK, makan-makan, memekak, shopping dan tonton video Korea. Walaupun kepenatan tapi aisha tetap happy. Terima kasih untuk mereka kerana sudi melayan kerenah saya. aisha habiskan RM80 dekat sana. RM40 untuk handset sahaja (sampaikan ada orang bising tahu). Panas je hati masa tu, tapi tak boleh nak buat apa-apakan. aisha dari hari tu nak beli tapi tak dapat. Alang-alang aisha tukar screen protector sekali. hehe.. Lastly, thanks to Eder sebab sudi ambil kitorang dekat BPMall.. hehe...

Takut ea??

KFC for dinner?

Hani dengan menara ciptaannya ♥

hehehe... :)

♥ credit to HANI ♥

with Khuzalifah ♥