Hari Raya Aidiladha


      Assalamualaikum.. Dikesempatan ini aisha nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat ahli keluarga tersayang dan semua rakan-rakan serta cikgu-cikgu yang pernah ajar aisha. Mungkin terlewat sedikit tapi masih sempatkan? aisha tak berkesempatan nak online atas sebab-sebab tertentu. Nie pun aisha online guna simcard maxis. hehe...

       Program hari Sabtu nie ---> Selepas pulang dari solat hari raya, aisha tak ke mana pun. Tonton tv je. Lepas Zuhur baru siap-siap nak pergi rumah Mak Ijah untuk hantar akak. Hantar akak dekat sana pun sebab Cik Bunga tak turun JB esok. Dari rumah Mak Ijah nanti Cik Bunga akan terus gerak balik Kajang. Nak dijadikan cerita, dalam pukul 4 lebih aisha dapat panggilan daripada Nadzreen. Tapi bukan Nadzreen mahupun aisha yang berborak tapi Cik Hawa dengan Mak yang berbual. Cik Hawa ajak pergi rumah Kak Noreha dekat Simpang Renggam. Dalam pukul 6.30 petang, tibalah aisha dengan family dekat rumah Kak Noreha. Seperti biasa, aisha dengan Nadzreen memang takkan berbual. Malu katakan. hehe... So, masa aisha on the way balik aisha dapat mesej dari dia. Bila fikir balik kelakar pun ada juga.. hehe.. Tapi tak apalah. Jadi, sampai di sini sahaja perjalan hari raya AidilAdha aisha. Adios~~

Kakak saya

2 beradik yang tiada kerja

Juz fer fun ^_^