♥ Sebuah permulaan ♥


Pertemuan antara kita bukan dirancang
Bukan kerana terpaksa
Bukan jua kerana keinginan
Tapi kerana takdir telah menemukan kita

Tali persahabatan yang terjalin membuat diri ini gembira
Namun terdapat 1001 alasan untukku menjauhimu
Otak hanya mampu mengarah
Namun, kudratku tidak berdaya untuk berjauhan denganmu

Kini baruku sedari
Aku mulai menyukai dirimu
Hati ini sudah terlanjur menyayangimu
Diri ini tidak mahu kehilangan dirimu
Hati ini tidak kuat untuk melepaskanmu
Sungguh, aku amat menyayangi dirimu