New Year?


      Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik.. Tinggal lebih kurang seminggu je saki baki hari yang tinggal sebelum kita semua melangkah ke tahun 2013. Orang kata tahun baru semua bende kena baru. Betul ke? Erm.. Setiap orang ada pandangan masing-masing kan? Bagi aisha, tahun baru nie kenalah ada azam yang baru. Walaupun azam lama tak tercapai lagi, tak barmakna dengan adanya azam yang baru nie kita tak boleh  nak capai azam yang lama kan? Kita berusahalah untuk capai semua azam kita tak kira yang baru mahupun yang lama. Tapi rasanya masih ada masa lagi untuk kita capai azam tahun nie. So, berusahalah ye.. ^_^

      Nak dijadikan cerita, hujung minggu nie merupakan debaran buat aisha. Bukan apa. Pelajar PraDip sesi 2013 akan berdaftar pada 30 Disember nie dan aisha salah seorang fesi mereka. Cuba bayangkan --> seorang yang pemalu + tak banyak bercakap akan jadi fesi? Seram boleh tak... huhu.. aisha takut aisha tak dapat nak jalankan tugas dengan baik. aisha minat fesi-fesi bagai nie tapi kerana malu yang tebal kalah ais kat abc tu,aisha tak berani. aisha join kali nie pun sebab kawan-kawan aisha ada. Kalau tak, memang aisha dah ada kat JB masa tu. hehe.. Walau apapun, aisha tetap cuba untuk menjalankan tugas tersebut dengan jayanya. Doakan aisha ye? ^_^