Test JPJ


      Alhamdulillah.. Gembira rasanya hati nie. Tak sia - sia aisha tak masuk kelas hari nie.. 2 kelas aisha tertinggal.. huhu.. Dah la nak exam. Harap semuanya berjalan dengan baik... Nak dijadikan cerita, semuanya baik - baik sahaja. Giliran aisha no. 5 untuk sesi 2. Tapi gaya macam nombor berapa jewp. Sesi 1 jewp dah ambil masa yang lama. Lebih kurang separuh hari la... Amat penat tapi tak apalah.. Tahan jewp lah kan.. Huhu...

      Pagi tu aisha datang pukul 9.30 pagi (1 jam sebelum). Awalkan? Semangat kononnya.. Walhal kakak tu yang suruh datang awal. Kalau ikutkan hati kul 10.15 baru nak gerak. erm.. Tapi tak apalah.. Masa nak buat  area parking semua tu memang dah seram. Berapa orang dah fail.. Takut jewp rasakan.. Jadi, aisha pun teruskan jela.. Kalau nak ikutkan takut tu, memang tak gerakla kereta tu. hehe... Dan alhamdulillah kul 12 tgh hari selesai 1 bahagian. Lulus...  Memandangkan aisha jenis tak suka sarapan, bila dah pukul 12.45 perut mulai lapar. Bila orang yang uruskan semua nie kata sesi 2 boleh rehat, aisha terus call ayah. hehe.. *Lapar tawuk.. Mana boleh tahan. Dalam pukul 2, aisha kembali ke Intensif.. Dan giliran aisha pada pukul 3.50 petang. hehe.. Berdekak gila masa dalam kereta tu.. Orang JPJ tu kerjanya buat lawak jewp. aisha pula jenis yang suka ketawa. Jadi, faham - faham jela. Ngeh3... Tepat pukul 4 petang, semuanya telah tamat. Rasa macam nak melompat pun ada. Tapi tak larat sebab penat. hehe.. Gembira sangat - sangat. Lepas nie dah tak payah runsing - runsing pasal lesen lagi. hehe~

      Lega rasanya bila urusan lesen dah selesai. Ringan sikit kepala nie. Lepas nie tak perlu lagi nak ngadap tiang - tiang uh bagai. hehe.. Apa - apapun terima kasih buat encik JPJ tu sebab bagi saya lulus ^_^