1st day trip to umrah


      Perjalanan aku ke umrah telah pun bermula. Semalam jam 2.30 petang, semua jemaah telah pun berkumpul di Masjid Jamek BBU. Bas tiba 15 minit kemudiannya dan tepat jam 3.00 petang kami semua telah bergerak menuju ke Changi Airport, Singapore. Lama juga lah perjalanan. Dalam sejam setengah kalau tak silap aisha. huhu.. Sampai kat airport tu pun kena tunggu boarding pass pula. aisha punya boleh dikatakan hampir last jugalah baru nak siap. Tepat jam 7.45 malam, kapal terbang mula bergerak menuju ke Abu Dharbi. Pelik? Abu Dharbi tempat transit ja.. Tak sempat nak beli ke jalan - jalan ke apa ke.. Sepatutnya transit kat sana 2 jam tapi atas sebab tertentu, masa transit kurang daripada tu. Nak kata snap tu tak ada lah sangat. Cuma sempat lah juga syok sendiri kat toilet. hehe.. MALU!! Tak banyak pun gambar yang disnap. Tapi so far ok lah kan. Daripada tak ada langsung. hehe.. ^_^

Budak gedix bergambar

Sementara menanti untuk masuk ke pesawat

Fer the second time i wear jubah

      Masa pukul 4.30 pagi tu, akak aisha ada buat lawak cekodok yang tak berapa nak lawak lah tapi entahlah. aisha tetap nak beritahu juga. bwek :P

Someone : Awak beli apa dekat Abu Dharbi?
Akak : Saya beli majalah je dekat sana. Mahal...
Aisha : errr... Belilah sangat kan. Tak payah keluarkan duit pun. Free je.. haha..
Itu sahaja yang saya nak kongsi hari nie.. Thanx ^_^