2nd day


       Aisha tiba dekat Jeddah pada jam 9.30 pagi (Malaysia) atau lebih tepat 4.30 pagi (Jeddah). aisha keluar dari kapal terbang tu lewat sikit. Mak, ayah dengan akan dah keluar dulu sebab semua duduk jauh - jauh. hehee.. Masa nak keluar tu, aisha terdengang perbualan antara 2 orang pramugari nie. hehe.. Geli hati saya dibuatnya. 



Pramugari  1 : ... Please don't tak the pillow...
Pramugari 2 : Huh?? *Mungkin dia tak perasan apa yang sedang berlaku

Tapi bila pramugari yang ke-2 dah mula faham apa yang kawan dia maksudkan tu, dia pun terkejut. apa  yang kawan dia maksudkan tu ialah ada sekumpulan orang Indonesia nie bawa turun bantal kecil yang kapal terbang nie sediakan. Dengan erti kata lain buat harta. ngeh3.. aisha tak ambil? Kalau ikutkan hati memang nak ambil tapi nak buat apa an.. Nanti kena marah dengan ayah je sebab semak.



*not originally from me

       Tepat jam 7.00 pagi, aisha bertolak bertolak pergi Madinah. Perjalanan yang mengambil masa 6 jam tu amat memenatkan. Bunyi bas tu dah la macam F1 kan. Bunyi je taw bukan kelajuan. hehe.. Gitu gini semua,tepat jam 1.00 petang kami semua sempat sampai di Madinah. Sejuk juga cuaca masa tu. Lagi - lagi bila angin bertiup kan. Ada yang kata mcam dekat Cameron Highland. Aigoo.. Sempat lagi tu. haha... Bilik kat Madinah boleh dikatakan besar jugalah. Kiranya sesuai dan selesa lah. hehe...Segalanya baru sahaja bermula~ 

      Malam tu lepas Isyak, aisha, mak dengan akak bercadang nak masuk Raudah. Lihat makam Nabi S.A.W. aisha dengan mak terpisah dengan akak sebab aisha yang sorong mak. Jadi, akak pergi beratur dekat bahagian orang biasa lah. Cuba bayangkan aisha mula beratur pukul 7.35 malam dan aisha dapat masuk sana pukul 11.15 malam. Lama kan? Walaupun laluan kerusi roda tak sama dengan orang biasa tapi lama dan sesak dia tu.. Hanya Allah sahaja yang tahu. Penat berdirinya lain.. Sakit kena sondol dengan kerusi roda nya lain. Tapi sebab tak nak lepaskan peluang nie, aisha kuatkan juga semangat. huhu.. Macam - macam aksi manusia aisha dapat lihat. Sampaikan aisha sendiri tak tahu nak kata apa. huhuhu... Tu jelah untuk hari ini.. Adios~