3rd day - lawatan ke Madinah


      Aktiviti hari nie ialah mengikuti lawatan. hehe.. Bukan lawatan sambil belajar ok. Ziarah ke Madinah jewp meyh. Best walaupun amat sekejap tapi ok lah. Ziarah bermula pada jam 8.30 pagi sehinggalah jam 11.00 pagi. Pada awalnya kami melawat ke Masjid Quba'. aisha tak solat pun kat sana sebab aisha tak bawa telekung. Jadi jalan - jalan dan bergambar jela.

Ramaikan orang?


Kenangan di Masjid Quba'

       Pukul 10.00 pagi, bas bertolak menuju ke ladang kurma. Keadaan dekat sana tak berapa nak ok sangat sebab pemandu bas tu ada krisis dengan pekerja dekat lang tu. Jadi, macam lambat sikit lah masa nak balik tu. Selain menyediakan jualan kurma, teh kurma turut disediakan. free jewp tapi aisha tak minum pun sebab tak rasa nak minum air masa tu. hehe...


Pemantauan sebelum membuat pilihan

Beli jangan tak beli.. Borong je semua sekali..

      Lawatan yang terakhir menuju ke Bukit Uhud. Dapatlah melawat makam para syuhada' yang telah terkorban sewaktu peperangan tersebut. aisha dapat lihat bukit memanah tapi tak sempat nak amek gambar bukit tu. Nak kata tinggi tak adalah sangat. Tapi masih nampaklah bentuk bukitnya tu. hehe...

Makam para syuhada'

Sedikit penerangan daripada mutawif

      Maka berakhirlah ziarah kami pada hari nie. Adios~